RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Disember 2024

Lelaki Lemas, Motosikal Dihanyut Banjir

DUNGUN – Seorang lelaki yang awalnya dikhuatiri lemas akhirnya telah disahkan meninggal dunia selepas jasadnya dilaporkan telah dijumpai oleh Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, PDRM bersama penduduk kampung sekitar jam 2.30 petang tadi. Berita tentang kematian mangsa telah dikongsikan dalam saluran telegram dengan kredit untuk pihak BERNAMA.

Semalam beberapa pihak media telah melaporkan tentang insiden yang menimpa seorang penunggang motosikal yang dihanyutkan arus deras ketika sewaktu cuba menyeberangi laluan dinaiki air di sebuah ladang kepala sawit di Felda Kerteh 3, Terengganu.

Dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, mangsa berusia 36 tahun dikatakan dihanyutkan arus deras banjir sewaktu melalui lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, mangsa dikatakan memasuki kawasan ladang kelapa sawit tersebut bersama dua rakannya pada pukul 5 petang, kelmarin.

Menurut Superintendan Maizura, sewaktu mahu pulang pada pukul 5 pagi semalam, mangsa yang bermotosikal dikatakan mengikut belakang sebuah lori dinaiki dua rakannya. Motosikal dinaikinya dikatakan hilang kawalan lalu dihanyutkan arus deras. RR

Kredit Video: Zulfadhli Zulkifli / BERNAMA

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.