RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Disember 2024

Remaja 17 tahun parah, motosikal bertembung dengan kereta peronda Polis

KOTA BHARU - Seorang remaja berusia 17 tahun parah apabila motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan kereta peronda polis yang menggelak anjing melintas di Kilometer 10 Jalan Jeli-Dabong di Jeli pada Khamis.

Kemalangan berlaku pada jam 9.20 malam.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Saari Yaacob berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli.

Kredit Foto: PDRM
Kredit Foto: PDRM

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta peronda polis jenis Honda Civic dan sebuah motosikal jenis honda EX5 dinaiki remaja berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kereta peronda dipandu dari arah Kuala Balah ke Jeli dan cuba mengelak anjing yang tiba-tiba melintas dari kiri jalan ke kanan jalan lalu sebuah motosikal yang datang dari arah belakang melanggar sisi kanan kereta peronda terbabit,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Berikutan itu, beliau memberitahu, penunggang motosikal tersebut mengalami cedera parah di muka dan patah tangan kanan.

“Bantuan awal diberikan di tempat kejadian oleh pihak polis Jeli dan orang awam.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih dijalankan.

“Saya meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian menyalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.