RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Mei 2019

Bilik Pameran Harley-Davison Penang Dibuka Kembali

Pengeluar motosikal Amerika Syarikat, Harley-Davidson Motor Company akan terus mengukuhkan jenama ikonik ini dalam pasaran negara dengan perasmian wakil pengedar rasmi mereka di Pulau Pinang pada pertengahan Mac lalu. Menerusi kerjasama di antara Goh Brothers Group (kumpulan peruncit automotif) dan Kheoh Hock Seng (pakar motosikal premium di Pulau Pinang, GB Motorcycles Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengedar baru Harley-Davidson di Pulau Mutiara ini.

Harley-Davidson Pulau Pinang yang berkeluasan 557 meter persegi ini menawarkan keseluruhan rangkaian motosikal Harley-Davidson, alat ganti tulen untuk pengubahsuaian motosikal, pakaian berjenama dan kelengkapan menunggang, serta perkhidmatan selepas jualan yang terbaik. Pusat pameran baru ini adalah yang ketiga di Malaysia selepas Harley-Davidson PJ dan Harley-Davidson Melaka.

“Dengan memberikan komitmen yang kuat dalam pasaran motosikal sejak 2008 lalu, Harley-Davidson terus setia untuk membangunkan komuniti yang dipercayai khususnya untuk para pencinta motosikal di seluruh negara. Dengan itu, jaringan pengedaran cukup penting demi menawarkan pengalaman menarik buat para pelanggan,” kata Pengarah Urusan Pasaran Harley-Davidson Asia Emerging, En. Koh Jyh Woei.

Bersempena dengan majlis pelancaran tersebut, wakil pengedar rasmi berkenaan dengan bangganya telah menyerahkan unit pertama di Malaysia bagi model MY19 Tri Glide Ultra kepada pemiliknya di Pulau Pinang, berharga RM291,200 (harga asas tidak termasuk insurans dan pendaftaran).

Harley-Davidson Pulau Pinang terletak di alamat 1679-G1, Jalan Perusahaan, Auto City, Bukit Tengah, Prai, 13600, Pulau Pinang, Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi talian +604-506 2200, atau layari www.harleypenang.com/. RR

Isu Pada

Mei 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.