RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Januari 2025

Penunggang Motosikal Maut 'Dilibas' Kabel Elektrik

BUKIT MERTAJAM - Seorang penunggang motosikal maut dipercayai dilibas kabel elektrik yang tersangkut pada lori kren dalam kejadian di Jalan Kulim, di sini pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, dalam kejadian jam 5 petang itu, penunggang motosikal yang datang dari arah Bukit Mertajam ke Kulim dikatakan tidak sempat mengelak wayar kabel yang terjatuh selepas tersangkut pada palang kren.

Menurutnya, wayar kabel tersebut terkena pada leher mangsa dan mengakibatkan motosikal yang ditungganginya terbabas.

"Mangsa berusia 40-an itu mengalami cedera parah di bahagian leher dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Sementara itu, Helmi berkata, pemandu kren berusia 20-an ditahan reman selama tiga hari sehingga 10 Januari depan untuk membantu siasatan.

Katanya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian itu agar tampil menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Ikhmal Mohd Shukori di talian 016-250 0386 atau 04-5382 222.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.