RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 Januari 2025

Suzuki Malaysia Lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya 2025

Suzuki Malaysia Sdn Bhd (SMSB) dengan kerjasama Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) telah melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya AMI-Suzuki 2025 bertempat di Dataran Ilmu, Stadium Selayang. Hadir menyempurnakan acara tersebut ialah YB Datuk Hj Hasbi bin Hj Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia bersama-sama kakitangan tertinggi dari SMSB.

Tema untuk tahun ini ialah 'Kongsi Jalanraya, Tunggang Berhemah' dan ini merupakan penganjuran kali ke-2 oleh SMSB dan kali ke-8 oleh AFY Mobility Industries (AMI). Tujuan utama kempen ini dijalankan ialah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan jalan raya di kalangan penunggang motosikal dan para pemandu kenderaan.

Dalam ucapannya, Yang Berhormat Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah menekankan statistik kemalangan jalan raya yang membimbangkan:

“Berdasarkan statistik terkini daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 5,939 kematian direkodkan daripada 585,729 kes kemalangan yang dilaporkan sehingga November 2024. Daripada jumlah tersebut, 67% atau 4,014 kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal, dengan majoritinya terdiri daripada golongan belia berusia 16 hingga 35 tahun. Golongan ini kini menjadi penyumbang terbesar kepada angka kematian akibat kemalangan jalan raya.”

Aktiviti Dan Program Kempen.

  • Pemeriksaan motosikal percuma – ‘16-point check’ oleh mekanik bertauliah Suzuki Malaysia.
  • Penukaran 400 unit topi keledar baharu kepada penunggang motosikal.
  • Pemberian topi keledar kanak-kanak sebagai simbolik langkah perlindungan penumpang muda.
  • Pameran motosikal dan aksesori keselamatan.

Pihak SMSB telah menyediakan pelbagai aktiviti dan peluang pendidikan dengan harapan ia berupaya meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya seterusnya menyumbang kepada pengurangan kadar kemalangan serta membentuk budaya jalan raya yang lebih selamat di Malaysia. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia