RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Januari 2025

Akibat marah dibuli, lelaki bakar 9 buah rumah dan 18 motosikal

ALOR SETAR: Polis berjaya memberkas seorang pemuda berusia 23 tahun yang disyaki terlibat dalam kes membakar motosikal sehingga menyebabkan sembilan buah rumah turut hangus dalam kejadian berasingan di Kupang, Baling.

Lelaki yang merupakan penduduk tempatan itu ditahan polis kira-kira pukul 12.30 tengah malam kelmarin, hasil maklumat dan risikan yang dilakukan sejak kejadian pertama pada 24 Disember lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, tiada unsur mistik dalam kesemua kebakaran itu sebaliknya suspek dipercayai berbuat demikian kerana dendam akibat sering dibuli di tempat kerja sebelum ini serta dipulaukan penduduk setempat.

Katanya, suspek yang masih bujang kini tidak bekerja selepas dia berhenti kerja di sebuah kilang getah di Kupang, kira-kira tiga bulan lalu.

“Dengan tertangkapnya suspek, pihak polis telah berjaya menyelesaikan kesemua sembilan kes khianat dengan api yang disyaki telah dilakukan oleh suspek.

“Suspek kini direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (Akta 574),” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Fisol berkata, modus operandi suspek adalah membakar motosikal dengan cara menuangkan minyak tanah ke atas tempat duduk kenderaan itu dan menyalakan api menggunakan pemetik api.

Katanya, secara keseluruhan sebanyak 18 motosikal, dua kereta dan sembilan buah rumah terlibat dalam kejadian itu yang menyebabkan kerugian hampir RM770,000.

“Empat mangsa dikenali oleh suspek dan selebihnya adalah sasaran rambang penduduk di sekitar Kupang. Dia tidak memiliki sebarang rekod lampau dan bergerak seorang diri menaiki motosikal ketika melakukan perbuatan itu,” ujarnya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, penduduk sekitar Kupang bimbang dengan kejadian kebakaran rumah yang berlaku secara berturutan sejak 23 Disember lalu.

Pelbagai andaian dibuat termasuk mengaitkan kejadian itu dengan unsur mistik sehingga memaksa penduduk untuk berjaga malam bagi mengawal sekitar kampung mereka. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.