RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Januari 2025

Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Menarik Dari Yamaha Dengan GENBLU Rewards!

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan 2 tawaran hebat menarik buat para pelanggan Yamaha menerusi aplikasi GENBLU Rewards App (GBR App) bermula dari 6hb Januari hingga 31 Mac 2025 ini.

'Referral Program Rewards' yang baru dilancarkan menawarkan ganjaran buat para pelanggan berdaftar (ahli) berupa pelbagai hadiah Cabutan Bertuah apabila mereka mengajak rakan untuk mendaftar menggunakan kod QR unik atau pautan 'Referral' mereka.

Tawaran kedua ialah menerusi 'Kempen Waranti Lanjutan' membolehkan ahli yang mendaftar Aplikasi GBR yang layak mendapat tempoh jaminan lanjutan 6 bulan untuk motosikal Yamaha mereka hanya dengan mendaftar Aplikasi GBR.

Program Referral & Hadiah Cabutan Bertuah

Sepanjang tempoh kempen (Dari 6 Jan 2025 – 31 Mac 2025), ditawarkan 2 cabutan setiap minggu dengan hadiah menarik untuk memberi ganjaran kepada member sedia ada dan yang baru mendaftar aplikasi GBR.

Hadiah tersebut istimewa untuk:

1. Bilangan 'referral' tertinggi setiap minggu - member yang rajin mendapatkan rakan-rakan mendaftar di bawahnya akan memiliki peluang besar menang hadiah.
2. Cabutan secara rawak untuk semua member

Mekanisma Program Referral:

Referral Program ini terbuka kepada semua member aplikasi GBR agar dapat berkongsi kod QR mereka atau pautan Referral dengan rakan-rakan mereka untuk mendaftar sebagai memberi aplikasi GBR baharu. Lebih ramai yang mendaftar, lebih besar peluang untuk seseorang member itu memenangi hadiah-hadiah menarik. Langkah-langkah rujukan adalah seperti di bawah:

Cabutan Bertuah & Hadiah:

Ahli Aplikasi GBR yang mendaftar sebelum 6 Januari 2025 akan mendapat 3 penyertaan cabutan bertuah secara automatik. Untuk setiap referral yang berjaya mereka buat, mereka mendapat 2 penyertaan cabutan bertuah. Mereka yang mendaftar untuk Apl GBR dari 6 Januari 2025 dan seterusnya akan mendapat 1 penyertaan cabutan bertuah untuk setiap referral yang berjaya.

Hadiah Cabutan Bertuah:

Bakal ditawarkan 6 hadiah setiap minggu dalam hadiah cabutan bertuah. Hadiah termasuk Jam tangan G-Shock, Baucar Tunai, Pek beg, Telefon Pintar, Pembesar Suara Tanpa Wayar dan Baucar perjalanan.

Sebagai Bonus, sejumlah 5 hadiah utama akan diberikan pada akhir tempoh kempen yang berupa hadiah-hadiah seperti Apple Iphone 16, IPad Apple, TV pintar,  baucar Tunai, produk-produk Sony.

Kempen Waranti Lanjutan

Kempen Waranti lanjutan berjalan bersama-sama dengan Program Referral dari 6 Januari 2025 hingga 31 Mac 2025 dan terbuka kepada semua ahli Aplikasi GBR. Kempen ini memberi ganjaran kepada ahli yang layak dengan jaminan lanjutan 6 bulan tambahan untuk motosikal Yamaha mereka sehingga 25,000km.

Untuk layak dalam kempen ini, dua syarat ini mesti dipenuhi:

1. Motosikal Yamaha mesti masih dalam jaminan (di bawah 2 tahun atau di bawah 20,000km)
2. Ahli mesti meletakkan jentera Yamaha dalam profil aplikasi mereka. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.