RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Januari 2025

Selisih faham punca kejadian tular Hilux, Vios langgar lari

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perselisihan faham ketika berhibur dipercayai menjadi punca sekumpulan individu dirempuh dua kenderaan dalam kejadian di Jalan Klang Lama, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, siasatan berdasarkan laporan diterima berkaitan kejadian membawa kepada tangkapan empat lelaki warga tempatan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.

"Tangkapan dijalankan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur serta dibantu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

"Kesemua suspek berumur antara 20-an hingga 30-an itu ditahan kira-kira jam 7 pagi dan akan direman untuk siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, siasatan awal setakat ini mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham.

"Siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara kumpulan suspek dan mangsa semasa berhibur.

"Setakat ini punca lain yang mengakibatkan berlakunya kejadian ini masih dalam siasatan polis," katanya.

Jalan Klang Lama di sini gempar apabila sekumpulan individu dirempuh dua kenderaan mengakibatkan dua cedera, Selasa lalu.

Kejadian itu dirakam oleh orang awam sebelum didapati tular di media sosial memaparkan dua kenderaan berkenaan iaitu Toyota Hilux dan Toyota Vios awalnya dilihat memandu secara melulu.

Dua kenderaan terbabit secara tiba-tiba merempuh sekumpulan individu yang berada di tepi jalan dekat pusat hiburan di lokasi terbabit.

Beberapa individu dilihat cuba menghalang tindakan pemandu kedua-dua kenderaan terbabit namun gagal.

Video berdurasi 48 saat itu turut memaparkan dua kenderaan itu dilihat beberapa kali melanggar sekumpulan individu di lokasi berkenaan sebelum berlalu pergi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, laporan berkaitan kejadian diterima pihaknya daripada orang awam yang menyaksikan kejadian. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.