RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Februari 2025

Penunggang Maki Polis Telah Ditahan

BUKIT MERTAJAM: Tindakan seorang penunggang motosikal yang mengamuk sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pihak berkuasa membawa padah, apabila lelaki itu ditahan polis ketika Operasi Khas Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2025 di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, malam tadi.

Lelaki berusia 50 tahun itu yang menunggang bersama teman wanitanya seorang warga Indonesia, pada mulanya disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada insurans.

Berikutan kesalahan itu, anggota penguat kuasa memaklum motosikalnya akan disita menyebabkan dia tiba-tiba naik angin hingga berlaku kekecohan.

Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik, sambil memaki hamun dengan kata-kata kesat.

Tangkap layar video tular.
Tangkap layar video tular.

Meskipun cuba ditenangkan oleh anggota dan teman wanitanya, namun lelaki itu tetap melakukan provokasi dan situasi tersebut berlarutan lebih setengah jam sebelum lelaki itu akhirnya ditahan polis serta dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengarah JPJ Pulau Pinang Zulkifly Ismail berkata lelaki tersebut ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Tangkap layar video tular.
Tangkap layar video tular.

“Penunggang motosikal tersebut telah gagal untuk memberi kerjasama kepada penguat kuasa, justeru tindakan diambil ataupun dengan kata lain telah ditangkap oleh pihak polis kerana telah menghalang penjawat awam untuk menjalankan tugas.

“Bagi pihak JPJ, kita rasa sepatutnya orang awam perlu lebih faham mengenai tugas penguatkuasaan ini dan bukannya bertindak di luar batasan. Kita bukan hendak mencari salah atau ingin menghukum, cuma tindakan diambil adalah demi menjaga kepentingan bersama,” katanya.

Terdahulu dalam operasi bermula 8.30 malam hingga 12 tengah malam itu, sebanyak 1,083 kenderaan diperiksa dan 211 daripadanya diambil tindakan dengan 391 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Tangkap layar video tular.
Tangkap layar video tular.

Secara keseluruhan sejak pelaksanaan operasi bermula 20 Jan hingga 9 Feb, 31,122 buah kenderaan telah diperiksa dan daripada jumlah itu, 4,105 notis dikeluarkan terhadap pemandu yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan melibatkan penunggang motosikal, pemandu kenderaan dan juga lain-lain pengguna di jalan raya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.