RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 21 Februari 2025

Boon Siew Honda Terima Dua Anugerah Motosikal Terbaik

Tahniah buat Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah menerima anugerah berganda di Majlis Anugerah Motosikal Terbaik Tahunan Allianz BikeRepublic 2025. Honda ADV350 dinobatkan sebagai skuter terbaik tahunan atas 250cc. Manakala Honda XL750 Transalp pula digelar sebagai motosikal Adventure terbaik tahunan bawah 800cc.

Dari kiri: En. Steven Chin bersama En. Kunitomo Asano si Majlis Anugerah Motosikal Terbaik 2025.
Dari kiri: En. Steven Chin bersama En. Kunitomo Asano si Majlis Anugerah Motosikal Terbaik 2025.

Majlis ini merupakan penganjuran buat kali pertama oleh Allianz Malaysia dengan kerjasama bersama BikeRepublic.com untuk mengiktiraf motosikal cemerlang yang dilancarkan pada tahun 2024. Anugerah tersebut adalah tradisi lama bagi meraikan dunia automotif di mana syarikat itu telah mengadakan Anugerah Kereta Terbaik selama 17 tahun berturut-turut. Pada tahun ini Allianz Malaysia menyampaikan penghargaan kepada komuniti dua roda untuk menghargai semangat dan inovasi yang semakin berkembang dalam dunia motosikal.

Pemilihan anugerah telah ditentukan oleh panel yang berpengalaman dalam industri automotif dan motosikal. Antara juri-juri tersebut ialah Keshy Dhillon, Jehan Miskin dan Kapten Nash.

Honda ADV350 merupakan sebuah skuter premium yang sesuai untuk tunggangan jarak jauh, harian dan Urban. Motosikal yang lengkap dengan enjin berkapasiti 330cc ini menawarkan keseimbangan kuasa dan kecekapan bahan api. Antara ciri-ciri yang istimewa yang ada seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC), sistem kunci pintar, keselesaan, ruang bawah pelana yang luas, selamat dan praktikal.

Untuk Honda XL750 Transalp pula diraikan kerana merupakan penanda aras baru untuk segmen motosikal kembara kelas pertengahan. Jenetra ini dikuasakan oleh enjin 755cc, dua silinder bersama sistem penyejuk cecair yang menawarkan pengalaman tunggangan lancar di atas jalan ataupun offroad. Kelengkapan lain yang ada pada jenetra ini adalah mod tunggangan, Honda Traction Control dan meter TFT. Casis yang ringan dan ergonomik ditawarkan suapaya penunggang dapat menunggang jentera ini dengan lebih yakin dan mudah.

"Kami amat berbangga kerana menerima dua anugerah ini. Pengiktirafan tersebut merupakan bukti komitmen Honda untuk menyediakan motosikal yang terbaik. Kami ingin mengucapkan ribuan termia kasih kepada Allianz Malaysia dan BikeRepublic kerana menonjolkan industri motosikal menerusi majlis ini," kata En. Kunitomo Asano, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Boon Siew Honda. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.