RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Mac 2025

Lagi Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah Rempuh Dua Motosikal

Seremban: Belum lagi reda berkenaan nahas tiga kenderaan di lampu isyarat di Senawang. Kejadian yang hampir sama di mana dua motosikal dirempuh sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat merah petang semalam di Jalan Felda Sendayan.

Menerusi papan pemuka (dashcam) dari sebuah kenderaan yang tular di media sosial memaparkan satu kemalangan pada jam 2.30 petang, sebuah kereta melanggar lampu isyarat yang sudah bertukar Merah lalu merempuh dua motosikal.

Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Produa Myvi yang dipandu seorang wanita berusia 38 tahun dengan dua buah motosikal jenis Honda Dash dan Yamaha LC yang masing-masing ditunggang oleh seorang wanita berumur 21 tahun dan lelaki berumur 52 tahun.

Menerusi hasil siasatan, pemandu kereta tersebut dalam perjalanan dari arah Bandar Sri Sendayan menghala ke Nilai. Manakala kedua-dua penunggang pula dari arah Gadong menghala ke Sendayan.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut tidak memberhentikan kenderaan sebaik sahaja lampu isyarat di laluannya bertukar kepada Merah. Lampu isyarat di laluan penunggang pula berwarna hijau dan dirempuh oleh kenderaan empat roda tersebut.

Penunggang motosikal Honda Dash mengalami cedera parah manakala penunggang Yamaha 135LC cedera ringan. Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk rawatan lanjut.

Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan. RR

Sumber berita: http://bharian.com.my

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.