RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Mac 2025

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

JOHOR BAHRU – Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 29 tahun pada pukul 4.29 petang semalam.

Rakaman video insiden itu turut tular dalam media sosial termasuk TikTok yang menunjukkan berlakukan perbalahan di antara dua penunggang motosikal. Salah seorang daripadanya, tidak sekadar marah tetapi telah bertindak memukul kepala mangsa sebanyak enam kali sebelum beredar.

“Mangsa mendakwa kejadian berlaku pada pukul 4.40 petang kelmarin di persimpangan Jalan Tampoi dan Jalan Persiaran Tanjung.

“Ketika lelaki itu memberhentikan motosikalnya di lampu isyarat, berlaku perselisihan faham dengan seorang lelaki tidak dikenali yang berhenti di persimpangan tersebut. Mangsa mendakwa dipukul beberapa kali di kepala sebelum suspek beredar,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563122 bagi membantu siasatan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.