RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 April 2025

Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

Hong Leong Yamaha Motor hari ini mengumumkan pengenalan kepada 3 warna terbaru untuk model Y16ZR ABS 2025. Warna-warna menarik tersebut terdiri ialah Fiery Red, Desert Steel dan Emerald Pearl.

Fiery Red.
Fiery Red.

Lebih menarik, ketiga-tiga warna eksotik baru itu telah meningkatkan rekabentuk keseluruhannya menjadi lebih sporty. Harga asas yang disyorkan untuk Y16ZR ABS ini ialah RM 11,398.00 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).Model ini tersedia di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara mulai 8 April 2025.

Desert Steel 'kiri' & Emerald Pearl.
Desert Steel 'kiri' & Emerald Pearl.

Yamaha Y16ZR ABS dikuasakan oleh enjin silinder tunggal, sistem penyejuk cecair pematuhan EU4 yang menyesarkan 155cc, menghasilkan kuasa maksimum 17.7 kW (17.7hp) pada 9,500rpm dan tork 14.4Nm pada 8,000rpm. Model ini juga dilengkapkan dengan sistem ABS hadapan yang memberikan prestasi brek dan keselamatan yang lebih padu.

Emerald Pearl.
Emerald Pearl.

Ketika kami mengujinya dulu, sistem Variable Valve Actuation (VVA) memang sedap khususnya ketika ingin membuat pecutan. Berada di selekoh dengan Y16ZR ini memang bagus dan ini dibantu oleh sistem Assist & Slipper dan sistem saspensi depan dan belakangnya yang efisyen.

Fiery Red.
Fiery Red.

Dengan setiap pembelian, pemilik baharu Yamaha Y16ZR boleh menikmati faedah tambahan dengan menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.