RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 April 2025

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

KUALA LUMPUR: Menurut laporan yang dikongsikan oleh BHOnline hari ini, Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Lebuhraya (LLM) kini sedang membangunkan kemudahan asas yang lebih selamat kepada penunggang motosikal di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata kini terdapat pelbagai risiko yang dihadapi penunggang motosikal terutama ketika mereka berhenti berteduh semasa hujan.

"Pembinaan kemudahan ini penting supaya penunggang motosikal tidak lagi berhenti dan berteduh secara sembarangan di tepi jalan, bawah jambatan atau di lorong kecemasan.

"Tindakan ini bukan sahaja berisiko, malah membahayakan nyawa kerana terdapat banyak kes penunggang motosikal dilanggar dari belakang, terutama ketika hujan lebat apabila pemandu kenderaan sukar melihat mereka dengan jelas.

"Oleh itu, usaha menyediakan kemudahan khas seperti tempat berteduh di lokasi lebih strategik perlu terus diperkasa melalui kerjasama antara kerajaan dan pihak industri," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Seminar Teknologi Jalan dan Pembinaan Malaysia-Korea Selatan, hari ini.

Beliau berkata, selain LLM, syarikat konsesi lain seperti PLUS turut bersama dalam merealisasikan pembinaan berkenaan.

Sementara itu, mengenai seminar berkenaan Nanta berkata, ia dianjurkan bersama Kedutaan Republik Korea Selatan dan dilihat sebagai platform penting serta mampu merangsang kerjasama rentas sektor khususnya dalam bidang pembinaan, teknologi dan infrastruktur bagi kedua-dua negara.

Di pihak Korea Selatan, antara yang menyertai seminar berkenaan ialah Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan (MOLIT), Agensi Kemajuan Teknologi Infrastruktur Korea (KAIA), Institut Teknologi Kejuruteraan Awam dan Bangunan Korea (KICT) serta Perbadanan Lebuhraya Korea (KEC).

Sementara Malaysia pula turut disertai oleh Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), LLM, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.