RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Mei 2025

Kemalangan maut penunggang motosikal, Pemandu Maserati warga Singapura tidak mengaku salah

JOHOR BAHRU - Seorang penjawat awam dari Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki dalam kemalangan di Lebuhraya Link Kedua minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Irsyad Abdul Hameed, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kereta jenis Maserati secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian A Vasanthraj, 32, di Kilometer 0.6 lebuh raya berkenaan kira-kira jam 6.40 petang.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM50,000, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Amirah Tasnim Saleh, manakala tertuduh diwakili peguam Baharudin Bahrim dan Zarina Ismail Tom.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia serta syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis sebulan sekali dan lesen memandu digantung sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan kes disebut semula pada 10 Jun depan serta serahan dokumen. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.