RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Mei 2025

Samun Kedai Runcit 24 Jam Guna EX5 Bapa

Seorang pemuda ditahan selepas menyamun sebuah kedai runcit 24 jam di Jertih, Terengganu.

Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan oleh pekerja kedai runcit tersebut kelmarin selepas pemuda tersebut kembali semula pada jam 6.30 pagi untuk mengambil semula motosikal EX5 bapanya yang ditinggalkan di lokasi kejadian.

Dalam video yang tular selepas pemuda tersebut ditahan, suspek yang memakai topi keledar dan cermin mana hitam memasuk premis itu dan mengacukan sebilah pisau kepada seorang pekerja sebelum mengarahkan mangsa untuk menyerahkan wang berjumlah RM511 dari laci.

Suspek kemudia melarikan diri selepas dikejar oleh dua orang pekerja kedai itu yang menyebabkan dia gagal membawa motosikal bapanya yang diletakkan berhampiran kedai.

Pada jam 6.30 pagi suspek kembali kedai tersebut selepas menukar pakaian bertujuan mengaburi mata pekerja premis untuk mengambil semula motosikal yang ditinggalkan.

Pihak polis berjaya jumpa wang tunai yang disamun serta merampas peralatan dan motosikal yang digunakan untuk tujuan samun termasuklah 4.26 gram pil jenis epam.

Suspek didapati positif dadah jenis morfin selepas membuat ujian air kencing dan direman selama tujuh hari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. RR

Sumber berita: http://utusantv.com

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.