RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 Jun 2025

Empat motosikal bergesel sesama sendiri, seorang maut

LIPIS – Konvoi empat sahabat yang pulang selepas makan bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut setelah motosikal ditunggang dipercayai bergesel sesama sendiri sebelum terlanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer (KM)55, Lingkaran Tengah Utama(LTU) di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.10 pagi itu kemalangan melibatkan empat motosikal dan MPV jenis Perodua Alza.

Menurutnya, mangsa iaitu Amirul Haziq Azmi, 31, berasal dari Felda Chegar Pernah, Lipis, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati pemandu MPV iaitu lelaki warga tempatan berusia 23 tahun dalam perjalanan pulang ke Kuantan dari Cameron Highlands.

"Keempat-empat penunggang motosikal pula iaitu lelaki berusia lingkungan 24, 27, dan 31 tahun dalam perjalanan dari Gua Musang menuju ke Kuala Lipis.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, kesemua penunggang motosikal dipercayai telah bergesel sesama sendiri hingga hilang kawalan dan terbabas lalu terlanggar belakang MPV yang berada di hadapan sebelum terjatuh ke atas jalan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujarnya, kejadian menyebabkan seorang daripada penunggang maut di tempat kejadian.

"Pihak polis juga memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan," jelasnya.

Tambahnya, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.