RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Jun 2025

Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

TEMERLOH: Dua orang penunggang motosikal wanita yang baru berusia 18 tahun maut selepas tercampak daripada motosikal dinaiki mereka akibat dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki disyaki pengedar dadah di persimpangan lampu isyarat Jalan Tengku Ismail, di sini, malam kelmarin.

Mangsa, Nur Alya Irdina Mohd Azam dari Taman Temerloh Jaya Indah dan rakannya, Siti Nur Syafiqah Mohd Arif, dari FELDA Bukit Damar, Lanchang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan serta kepala.

Kredit foto: Saluran Telegram: Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran Telegram: Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.00 malam ketika motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz yang ditunggang Nur Alya bersama Siti Nur Syafiqah, berhenti di lampu isyarat merah sebelum dirempuh dari belakang oleh kereta Perodua Bezza dipandu lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan, berkata lelaki berusia 38 tahun dari Kepong, Kuala Lumpur itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan hasil ujian air kencing ke atas suspek adalah negatif.

"Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemukan dua paket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu seberat 50.85 gram dan heroin 0.85 gram di bahagian tempat duduk belakang," katanya.

Kredit foto: Saluran Telegram: Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran Telegram: Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Mazlan berkata, suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa pula dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) untuk bedah siasat, manakala kenderaan terbabit dirujuk ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan lanjut.

"Polis sedang mengesan saksi awam yang melihat kejadian bagi membantu siasatan," katanya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.