RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Jun 2025

Buka Pintu Kenderaan Secara Tiba-Tiba Punca Seorang Wanita Maut

Seorang wanita yang merupakan pembonceng sebuah motosikal maut selepas terlanggar pintu kereta yang berhenti di bahu jalan dekat persimpangan lampun isyarat Batu 5 Jalan Ipoh semalam.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 12.20 tengah hari di mana motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 20 tahun bersama ibunya merupakan pembonceng dalam perjalanan dari arah Ipoh menghala Bulatan Kepong.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, terdapat sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun berhenti di bahu jalan secara tiba-tiba membuka pintu kereta dan menyebabkan penunggang tidak sempat mengelak selepas terlanggar pintu tersebut.

Akibat perlanggaran itu menyebabkan motosikal tersebut terbabas manakala pembonceng pula terjatuh ke bahagian bawa lori yang sedang bergerak di lorong kanan.

Kedua-dua mangsa yang cedera di bawa ke HKL namun pembonceng yang berusia 55 tahun itu meninggal dunia semasa menerima rawatan. Penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dan tangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.