RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Julai 2025

HONDA CBR150R Edisi Terhad Tampil Dengan Rekaan Tiger "CYBERROAR"

Boon Siew Honda (BSH) secara rasminya telah memperkenalkan HONDA CBR150R Edisi Terhad yang menampilkan rekacorak lebih mantap dan ganas. Model ini hanya ditawarkan sebanyak 250 unit sahaja di seluruh negara.

Diinspirasikan dari semangat Harimau yang garang, rekacorak yang dipadankan pada motosikal ini dinamakan sebagai CyberRoar. Penampilan sportbike ini disaluti dengan warna Magenta bersama grafik berwarna Jingga yang terdapat pada bahagian depan, sisi bawah dan belakang. Lebih menarik lagi, bahagian kiri dan kanan jentera terdapat grafik kepala Harimau yang sedang mengaum bagi meyerlahkan lagi rupa jentera ini sebagai simbol agresif dan keberanian.

Khas buat para pembeli jentera edisi terhad ini. Setiap pembelian HONDA CBR150R CyberRoar akan menerima set hadiah eksklusif yang terdiri daripada Panoramic Sport Camera, Sistem Interkom dan Beg Reflektif LED. Harga asas model ini bermula RM14,399 tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftran.

Walaubagaimanapun bagi yang berminat dengan warna standard iaitu Honda Tricolor dan Silver, masih ditawarkan pada harga bilik pameran yang disyorkan RM13,399 (tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran) di semua pusat IMPIAN X dan pengegar sah Honda seluruh negara. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.