RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Julai 2025

Yamaha Taja Pasukan Ragbi Kebangsaan Malaysia

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menaja Malaysia Rugby untuk menyokong skuad kebangsaan lelaki dan wanita ragbi 7 Sebelah, yang dikenali sebagai “Bungaraya 7s”, dalam persiapan menghadapi Sukan SEA ke-33 di Thailand hujung tahun ini.

HLYM telah menyumbang RM200,000 bagi menyokong latihan dan pembangunan kedua-dua pasukan kebangsaan menjelang temasya Sukan SEA. Penajaan ini dimeterai secara rasminya melalui majlis penyerahan cek yang berlangsung di Genblu Café, HLYM hari ini (8hb Julai 2025).

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran pemain-pemain skuad lelaki dan wanita Bungaraya 7s, barisan kepimpinan Malaysia Rugby yang diketuai oleh Presiden, Encik Amir Amri Bin Haji Mohamad serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif. Pihak HLYM pula diwakili oleh Pengarah Urusan, Profesor Dato’ Dr. Jim Khor Mun Wei, bersama ahli pengurusan kanan dan wakil media.

Kredit foto: Malaysia Rugby.
Kredit foto: Malaysia Rugby.
Kredit foto: Malaysia Rugby.
Kredit foto: Malaysia Rugby.

Sukan Ragbi merupakan salah satu sukan utama di temasya Sukan SEA dan pasukan Bungaraya 7s telah mencatat kejayaan membanggakan dengan meraih pingat perak dan gangsa pada edisi 2019 serta muncul naib juara dalam Kejohanan Asia Tenggara 7s baru-baru ini yang berlangsung di Singapura.

Kredit foto: Malaysia Rugby.
Kredit foto: Malaysia Rugby.

Selari dengan kerjasama ini, Dato' Jim Khor turut memperkenalkan hidangan khas ‘BLUngaraya 7’s Chicken’, diinspirasikan oleh kekuatan dan perpaduan pasukan. Menampilkan tujuh ramuan terpilih, hidangan ini menyerlahkan kepentingan pemakanan seimbang dalam menyokong prestasi atlet.

Selain daripada itu, beliau turut mengumumkan sebanyak 7% daripada keuntungan jualan menu ini akan disalurkan kepada Malaysia Rugby sebagai tanda sokongan dari HLYM. Buat masa ini, terdapat 6 buah Genblu Cafe di seluruh negara dan pihak HLYM menyasarkan untuk menambah bilangannya kepada 10 premis lagi pada tahun ini.

Pada majlis yang sama, pemain-pemain skuad lelaki dan wanita turut berkesempatan melawat Yamaha Space Y,  motosikal pertama di Malaysia yang terletak di kompleks Hong Leong Yamaha Motor di Sungai Buloh. Di sini, para pengunjung boleh meneroka sejarah dan inovasi jentera-jentera yang dikeluarkan oleh Yamaha.

Jadi...apa tunggu lagi, jom sokong pasukan ragbi kita dan ayuh nikmati ‘BLUngaraya 7’s Chicken’ di premis Genblu Cafe berhampiran dengan anda! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.