RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 Julai 2025

Padah Melakukan Aksi Berbahaya & Lumba Haram, 65 Penunggang Ditahan Polis

KUANTAN - Seramai 65 penunggang motosikal ditahan ketika Operasi Khas Samseng Jalanan di sekitar banda raya Kuantan semalam. Operasi itu dijalankan susulan aduan daripada penduduk setempat yang terganggu dengan kegiatan lumba haram sekitar daerah tersebut.

Sumber gambar: FB Polis Trafik Kuantan
Sumber gambar: FB Polis Trafik Kuantan

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud, operasi dijalankan pada jam 4 petang dan 11 malam dan pihak polis telah mengeluarkan 194 saman serta 24 motosikal disita kerana pelbagai kesalahan.

Selain melakukan aktiviti lumba haram, mereka yang ditahan turut melakukan pelbagai kesalahan seperti nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, tiada cermin sisi, pengubahsuaian tidak sah, ekzos bising dan tiada lesen memandu.

Sumber gambar: FB Polis Trafik Kuantan
Sumber gambar: FB Polis Trafik Kuantan

Polis turut menahan seorang remaja berusia 18 tahun kerana menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan aksi 'Wheelie' di jalan utama. Tindakan itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah mengancam keselamatan para pengguna jalan raya yang lain.

Remaja tersebut disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika disabit kesalahan, individu terlibat boleh dipenjara sehingga lima tahun, denda tidak melebihi RM15,000 dan lesen memandu digantung.

Pihak polis akan terus melancarkan operasi sama bagi membendung kegiatan samseng jalanan di sekitar bandar raya Kuantan. Operasi bersepadu bakal diadakan dari masa ke semasa terutama di kawasan yang menjadi tumpuan kegiatan lumba haram termasuklah di laluan antara Kampung Sungai Soi ke Tanjung Lumpur. RR

Sumber beriita: http://hmetro.com.my

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.