RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Julai 2025

Royal Enfield Pamerkan Tiga Model Kustom Serba Unik di AOS 2025

Tahun ini, dalam acara Art Of Speed Malaysia 2025, ruang pameran Royal Enfiled berjaya mencuri tumpuan dengan mempamerkan tiga model kustom yang bukan sahaja menampilkan rekabentuk yang unik tetapi membuktikan potensi besar motosikal RE boleh dikustom sepenuhnya. Antara tiga model kustom tersebut ialah The Pheonix, Project Delta dan Hedgehog-HNTR 350.

The Pheonix merupakan model kustom daripada jentera Royal Enfield Super Meteor 650. Diinspirasikan daripada gaya klasik Bagger, kerangka pada Pheonix telah diubah secara menyeluruh untuk menghasilkan sebuah motosikal yang sangatb unik hasil dari AMS Garage. Bahagian hadapan menggunakan saspensi jenis girder buatan khas, lengkap dengan air saspensi untuk mengekalkan konsep bagger yang panjang serta rendah.

Bahagian belakang pula tampil dalam gaya hardtail dengan sentuhan chopper untuk menambahkan lagi eleman klasik. Kesuma bahagian teknikal dipadankan mengikut gaya AMS Garage. Badan aluminium buatan tangan dibina dari bahagian tangki hingga belakang. Nama Pheonix diambil daripada lagenda mitologi Yunani kuo untuk melambangkan kebangkita semula.

Project Delta pula adalah motosikal klasik yang dikustom menerusi Super Meteor 650 oleh Purpose Built Moto. Jentera ini menampilkan gaya vintaj yang diinspirasikan daripada era keemasan motosikal.

Project Delta mengetengahkan garisan rekaan futuristik dengan elemen minimalis sambil mengekalkan DNA Cruiser. Bahagian ekor dipendekkan dan dilengkapi lampu LED bergaya. Bahagian tangki dan pelana direka semula untuk menambah eleman dinamik.

HNTR 350 - Hedgehog Motorcycle kembali dengan satu lagi karya kustom. Tetapi kali ini menggunakan model RE Hunter 350. Proses pembinaan dimulakan dengan rekaan menggunakan platform CAD sebelum kerja tangan bermula. Bahagian subframe dipendekkan bagi memberikan penampilan bahagian belakang lebih padat. Manakala panel keluli digunakan untuk menambah aliran bentuk dan menyempurnakan pelananya.

Fairing hadapan gaya Monza manakala wiglet berkembar ala-ala jentera MotoGP digabungkan pada bahagian triple clamp CNC. Bar hendal jenis Clip-on untuk menawarkan posisi tunggangan lebih sporty. Suis mikro minimalis dan pendikit jenis lut sinar menambah lagi sentuhan futuristik. Dibina atas platform J-Series, motosikal ini membuktikan bahawa model Royal Enfield yang mmapu milik boleh menampilkan personaliti menakjubkan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.