RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Julai 2025

Polis menahan 23 individu disyaki merusuh selepas dikompaun

MELAKA – Sekumpulan individu ditahan kerana bertindak merusuh dan menghalang tugas anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di kawasan “Car Free Zone” berhampiran Banda Hilir di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang apabila penguat kuasa MBMB mengeluarkan saman ke atas sebuah kumpulan penunggang motosikal di sekitar bulatan Kancil, berhampiran bangunan merah.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila seorang suspek daripada kumpulan motosikal terbabit bertindak mengoyakkan saman yang diterima dan memaki hamun penguat kuasa terbabit.

“Insiden itu menimbulkan ketegangan apabila satu lagi kumpulan yang berada di lokasi dan tidak berpuas hati dengan tindakan kasar kumpulan pertama tampil membantu pihak MBMB hingga tercetus pergaduhan antara dua kumpulan.

“Dalam kekecohan itu, seorang lelaki daripada kumpulan kedua telah dipukul menggunakan topi keledar dan mangga (padlock) oleh salah seorang suspek dan mangsa mengalami kecederaan dan telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Susulan itu, sepasukan polis dari Cawangan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah telah menahan seramai 23 individu disyaki terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Mereka terdiri daripada 14 lelaki dan sembilan wanita dan majoriti suspek dari Kuala Lumpur dan sebahagian kecil dari Melaka, manakala kumpulan kedua yang membantu penguat kuasa pula berasal dari Melaka.

“Seorang suspek lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang dipercayai memukul mangsa dengan helmet kini direman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.