RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Ogos 2025

Pembukaan Mforce SmartShop di Cheras Dirasmikan

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd memperluaskan lagi rangkaian Mforce SmartShop yang telah dirasmikan pembukaannya di Cheras, Selangor. Dengan pembukaan kedai ini bukan sahaja memperluaskan jenama Mforce tetapi turut memperkukuhkan kemudahan dan perkhidmatan kepada pelanggang di sekitar Cheras dan kawasan berhampiran.

Bilik pameran dan pusat servis ini dimiliki oleh Shun Yue Motor Sdn Bhd yang menawarkan penjualan pelbagai jenis jenama keluaran Mforce di bawah satu bumbung seperti Benelli, Keeway, QJMOTOR, SM Sport, SYM, WMOTO, Brixton dan Moto Morini. Ruang pameran yang luas dan berhawa dingin memberikan keselesaan buat pelanggan untuk melihat model-model motosikal yang ditawarkan. Para pengunjung juga turut akan berpuas hati dengan adanya pusat servis yang lenkap dua lift motosikal dan penjualan alat ganti tulen.

Pembukaan cawangan ini amat memberi manfaat kepada komuniti setempat terutama pemilik motosikal dari Mforce di kawasan Cheras, Balakong, bandar Tun hussein Onn dan yang berdekatan.

Mforce SmartShop oleh Shun Yue Motor Sdn Bhd terletak di No. 34, Lebuh Utama Tun Hussein Onn, Batu 9, 43200 Cheras, Selangor. Bilik pameran ini beroperasi dari 9.00 pagi hingga 6.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, manakala pada hari Sabtu pula, ia dibuka dari jam 9.00 pagi – 5.30 petang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.