RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 September 2025

Yamaha Kekal Jenama Nombor 1 di Malaysia

Tahun ini memberikan nilai pasaran tertinggi buat pengeluar motosikal Yamaha berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu dengan jumlah penguasaan sebanyak 55% daripada jumlah keseluruhan nilai penjualan motosikal dan membuktikan Yamaha terus mengekalkan kedudukan selaku pengeluar motosikal kereta popular di negara ini.

Yamaha EZ115.
Yamaha EZ115.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Pemasaran & Penjenamaan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), En. Hoo Wan TIm menyatakan model moped terus menyumbangkan penjualan paling tinggi diikuti segmen skuter yang semakin hari semakin popular.

Yamaha Y15ZR atau lebih popular dengan nama Ysuku.
Yamaha Y15ZR atau lebih popular dengan nama Ysuku.
XMAX 250.
XMAX 250.

"Dulu, untuk mencapai nilai jualan 1 juta unit memerlukan masa yang cukup lama tetapi kali ini, ia dapat dilakukan dalam masa yang cepat. Contohnya pencapaian jualan ke-enam juta (6MRO, Six Million Roll-Out) berjaya dilakukan dalam masa hanya 37 bulan. Ini pencapaian sejuta produksi yang paling pantas dalam industri motosikal di Malaysia dan ini menunjukkan permintaan terhadap jentera Yamaha terus meningkat dari masa ke semasa. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat para pelanggan yang sentiasa percayakan produk Yamaha," jelas beliau ketika menghadiri acara Out of Hour Hangout bersama pihak media yang diadakan di Monkeys Canopy baru-baru ini.

Dari kiri: En. Lee Chan Wee, Izzudin 'media & pemenang cabutan bertuah', Dato' Jim, En. Tim Hoo & Ms. Suk Man.
Dari kiri: En. Lee Chan Wee, Izzudin 'media & pemenang cabutan bertuah', Dato' Jim, En. Tim Hoo & Ms. Suk Man.
EN. Chan Wee 'kiri sekali' bersama para pemenang perlumbaan 'go-kart'.
EN. Chan Wee 'kiri sekali' bersama para pemenang perlumbaan 'go-kart'.

Acara 'Out of Hour Hangout' ini telah memberi peluang untuk pihak media untuk mengenali dengan lebih rapat kakitangan HLYM khususnya dari unit Pemasaran. Pihak media turut diberi peluang untuk menguji kebolehan 'menembak' dalam permainan Virtual Reality dan kecekapan memandu jentera Go-Kart di LYL International Karting Park, Cheras.

Kredit foto: HLYM.
Kredit foto: HLYM.

Turut hadir memeriahkan majlis makan malam pada hari yang sama ialah Dato' Dr. Jim, Pengarah Kumpulan Hong Leong Industries Berhad. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.