RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 September 2025

MODENAS Karisma 125 EX Versi Yang Dipertingkatkan Untuk Pasaran Filipina

MODENAS terus mengembangkan lagi jenamanya di pasaran antarabangsa selepas menembusi pasaran Filipina  menerusi  model Karisma 125 EX.

Dijenamakan semula sebagai BRUSKY, skuter 125cc ini menggunakan enjin satu silinder, SOHC dengan sistem penyejuk udara dapat menghasilkan kuasa 9.52hp pada 7,500rpm dan tork 10.1Nm pada 6,000rpm. BRUSKY merupakan model Karisma 125 EX yang dihasilkan di Gurun, Kedah tetapi dijenamakan semula untuk pasaran Filipina.

Model ini telah diberi nafas yang baru menerusi warna dan grafik yang lebih menarik. Sentuhan warna Hijau Kawasaki menjadi simbol kerjasama erat di antara MODENAS dengan Kawasaki Motors Philippines Corporation (KMPC).

Sebagai rekod, program eksport MODENAS ke Filipina telahpun bermula pada tahun 2023 dengan menghantar dua unit model BRUSKY 125 untuk percubaan. Pada tahun 2024, sebanyak 4,522 unit jentera tersebut berjaya dieksport ke sana melalui KMPC.

Pihak MODENAS kini menyasarkan sebanyak 14,000 unit  untuk dieksport ke Filipina pada penghujung tahun 2025 atas sebab permintaan yang tinggi dan keyakinan terhadap produk buatan Malaysia.

"Pencapaian ini membuktikan keupayaan BRUSKY sangat relevan dan boleh dipercayai melalui sokongan padu daripada rakan kongsi terhadap MODENAS. Kami dapat membuktikan bahawa MODENAS mampu menembusi sempadan dan BRUSKY akan terus mengharumkan nama dari Gurun hingga ke Manila," kata Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, En. Roslan Roskan.

Dengan kejayaan BRUSKY, pihak MODENAS akan terus merancang untuk memperluaskan penawaran di Filipina menerusi Nimbus 110 yang juga dikenali sebagai Kriss 110 di Malaysia. En. Roslan Roskan juga turut menyatakan terdapat perancangan untuk mengeksport supermoped 150cc ke pasaran Filipina dalam tempoh setahun dua lagi. RR

 Nimbus 110 atau dikenali sebagai Kriss 110 di Malaysia.
Nimbus 110 atau dikenali sebagai Kriss 110 di Malaysia.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.