RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 September 2025

Remaja Tidak Hadir Ke Sekolah Selama 2 Bulan Demi Bantu Keluarga

Tumpat: Remaja lelaki asnaf dari Kampung Teluk Tenjuna, di sini, Muhammad Syakir Iman Abdullah, terus dibantu apabila Gabungan Persatuan Superbikers Malaysia (SAM) Kelantan tampil memberi sumbangan sebuah motosikal.

Motosikal jenis SM Sport itu dibawa meredah Sungai Kelantan menaiki bot penambang sebelum diserah kepada remaja berusia 15 tahun itu di rumah keluarganya, hari ini.

Penaung SAM Kelantan Datuk Wan Rakemi Wan Zahari berkata, pihaknya dimaklumkan berkaitan kisah kesempitan hidup Muhammad Syakir menerusi ahli jawatankuasanya yang juga wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat.

"Kami dimaklumkan yang Muhammad Syakir terpaksa 'ponteng' sekolah selama dua bulan untuk bekerja sebagai pemasang jubin akibat kesempitan hidup keluarga.

"Situasi itu menyentuh hati kami sebelum membuat keputusan untuk menyumbang motosikal bagi kegunaan Muhammad Syakir ke sekolah," katanya ditemui.

Menurut Wan Rakemi, motosikal itu juga boleh digunakan ahli keluarga remaja berkenaan yang difahamkan hanya memiliki sebuah motosikal uzur.

"Kami harap Muhammad Syakir dapat memanfaatkan penggunaan motosikal ini. Dia tidak perlu lagi menumpang rakan atau guru untuk pergi atau pulang dari sekolah," katanya.

Sementara itu, Muhammad Syakir yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru Komprehensif 9 (K9), di sini, meluahkan rasa syukur serta berterima kasih di atas sumbangan berkenaan.

Katanya, motosikal itu boleh digunakan untuknya berulang-alik ke sekolah yang berjarak kira-kira tiga kilometer dari rumah.

"Sebelum ini, saya tinggal di asrama sekolah namun mengenangkan tahap kesihatan ibu yang menderita kencing manis kronik serta buah pinggang bernanah, saya ambil keputusan untuk tinggal di rumah bagi menjaga ibu.

"Setiap hari, ayah akan hantar saya terlebih dahulu ke sekolah sebelum ke Tadika bagi menghantar adik bongsu seterusnya baru ke tempat kerja untuk mengupas kelapa.

"Tamat sesi persekolahan, saya akan menumpang guru atau rakan untuk pulang," katanya.

Muhammad Syakir berkata, dia menghargai sumbangan motosikal berkenaan dan menggunakannya sebaik mungkin.

"Insya-Allah, saya akan ambil lesen apabila sampai waktunya. Jika saya diterima masuk ke Kolej Vokasional, saya akan gunakannya sebagai pengangkutan," katanya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.