RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Oktober 2025

Vitacci Tank Sport 200 EFi - Wow! Special Designnya!

Baru-baru ramai yang kongsikan skuter 'baru' yang dikeluarkan oleh Vitacci Motorcycles Inc yang merupakan kerjasama di antara Amerika dan China. Syarikat Vitacci lebih kepada pengimport motosikal, skuter dan ATV dari pembekal di China.

Memang banyak model-model menarik yang ditawarkan tetapi yang paling mendapat perhatian ialah Tank 200 EFi. Model ini disempurnakan dengan enjin 4-lejang, 168cc sistem penyejuk udara dan digerakkan menggunakan sistem CVT Automatik. Kuasa maksimum sekitar 11.13hp pada 8,000rpm dan tork 11Nm pada 6,000rpm.

Paling menarik perhatian sudah tentulah pada rekabentuknya, lebih-lebih lagi di bahagian hadapan. Ya...nampak macam sebuah jentera kembara 1,300cc dari Jerman kan? Lampu 'BMW-Style' ini jelas pada bentuk 'angel eye' dan lampu DRLnya. Rekabentuk ini memberikan gaya premium walaupun untuk sebuah skuter 200cc. Di bahagian sisi hadapan turut dilengkapkan dengan bar pelindung dan didatangkan juga dengan lampu spotlight.

Tayar hadapan dan belakang sama besar iaitu 130/70-13 dan dipadankan dengan sistem brek jenis cakera. Sistem saspensi model ini terdiri daripada fork hadapan jenis teleskopik dan di belakang menggunakan spring hidraulik. Namun begitu, untuk sebuah skuter di bawah 200cc, model ini agak berat (110kg) dan dikatakan 'top speed' untuk Tank 200 EFi ialah sekitar 100km/j.

Mungkin model ini sesuai untuk kegunaan harian dan untuk 'bermain' di laluan lasak yang tidak sukar memandangkan profil tayar dan jarak kelegaan tanahnya iaitu 130mm. Tangki skuter ini bersaiz 5.5 liter dan dikatakan mampu memberikan jarak perjalanan di antara 200-20 kilometer tetapi tetap bergantung kepada berat penunggang, cuaca, jenis jalan dan tahap kelajuan.

Kalau masuk pasaran Malaysia sesuai tak? Ada berminat? RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700