RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Oktober 2025

Kawasaki All Star 4S Centre ke-10 Dirasmikan di Nilai

Modenas dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) dan Sendayan Motor Sdn Bhd hari ini merasmikan Pusat Servis 4S Kawasaki All Star yang ke-10 di Malaysia yang beroperasi di No. 178 Jalan Nilai, Pekan Nilai, Negeri Sembilan.

Perasmian Kawasaki All Star cawangan Nilai ini juga menandakan satu pencapaian penting dalam rangkaian Kawasaki yang semakin berkembang di seluruh negara. Di sini bukan sekadar menawarkan pelbagai model dari jenama Kawasaki tetapi juga menyediakan perkhidmatan lepasan jualan yang cemerlang.

Dari kiri: En. Roslan Roslan, YB Arulkumar, En. David Goh dan En. Hitoshi Inoue.
Dari kiri: En. Roslan Roslan, YB Arulkumar, En. David Goh dan En. Hitoshi Inoue.

Majlis perasmian Kawasaki All Star ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB Arulkumar A/L Jambunanthan yang ditemani oleh CEO MODENAS, En. Roslan Roskan, Pengarah Kawasaki Nilai, En. David Goh Lim Jia dan Ketua Pegawai Pemasaran MODENAS, En. Hitoshi Inoue.

YB Arulkumar 'kiri' sempat melihat pelbagai model topi keledar menarik dari LS2 Helmets.
YB Arulkumar 'kiri' sempat melihat pelbagai model topi keledar menarik dari LS2 Helmets.

"Ini merupakan satu pencapaian penting yang mencerminkan pertumbuhan serta komitmen kami terhadap para penunggang motosikal di Malaysia. Setiap pusat Kawasaki All Star direka sebagai hab sehenti yang menawarkan perkhidmatan 4S lengkap yang terdiri daripada Penjualan Motosikal, Servis, Alat Ganti Tulen dan Ruang Pameran yang premium," kata CEO MODENAS, En. Roslan Roskan.

Kawasaki Nilai dikendalikan Sendayan Motor Sdn Bhd, yang telah beroperasi sejak tahun 1976 dan telah mendapat kepercayaan para penunggang setempat khususnya. Ini dibuktikan dengan adanya lima cawangan di seluruh Negeri Sembilan.

"Dari sebuah kedai motosikal (Sendayan Motor) hinggalah kini menjadi salah satu pusat servis Kawasaki All Star ke-10 hari ini, komitmen kami tetap sama iaitu untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat penunggang dengan penuh semangat dan kepercayaan," ujar En. David Goh.

Majlis penuh bersejarah pada hari itu turut diraikan bersama-sama lebih daripada 500 orang tetamu. Para hadirin turut berkesempatan menikmati ruangan pameran, tawaran pelbagai aksesori dan pakaian menunggang menarik, sesi tunggang uji dan cabutan bertuah.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan juga cukup istimewa. Antaranya topi keledar LS2, jaket menunggang LS2, kasut menunggang LS2, barangan Kawasaki dan hadiah utama berupa sebuah MODENAS MR3. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.