RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Oktober 2025

Aveta Perkenal Program Preferred Dealers, Sasar Pertumbuhan Jualan 50% Pada 2025

Aveta Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai jenama motosikal tempatan utama dengan memperkenalkan Program Preferred Dealers, satu inisiatif baharu bagi meningkatkan pengalaman pelanggan, mengeratkan hubungan bersama pengedar dan memacu pertumbuhan jualan sehingga 50% pada tahun 2025.

Langkah ini turut menandakan persediaan Aveta untuk fasa pertumbuhan seterusnya menjelang 2026, dengan tumpuan kepada pengembangan rangkaian di Malaysia Timur. Syarikat kini melabur besar dalam pembangunan infrastruktur pengedar serta pusat servis bagi memastikan pelanggan menikmati akses yang lebih mudah dan sokongan selepas jualan yang lebih baik.

Melalui program baharu ini, Aveta memperkenalkan dua kategori pengedar — Preferred Dealers dan Preferred Plus Dealers — selain Elite Centre sebagai kedai utama yang menawarkan jualan, servis dan alat ganti di bawah satu bumbung. Pengedar dalam kategori ini akan menikmati latihan, sokongan teknikal dan akses eksklusif kepada model-model tertentu Aveta.

Menurut Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, permintaan terhadap motosikal Aveta terus meningkat, dengan pendaftaran kenderaan meningkat tiga kali ganda sejak pelancaran model Nova 160 dan Vanguard 250. “Malaysia Timur kini menjadi pasaran utama kami, jadi pengembangan rangkaian servis dan pengedar di Sabah dan Sarawak amat penting bagi memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan terbaik,” katanya.

Aveta mensasarkan 30 pengedar Preferred dilantik menjelang akhir 2025 dan 50 pengedar menjelang 2026, sejajar dengan komitmen jenama itu untuk membina rangkaian pengedar yang mampan, berorientasikan pelanggan dan berteraskan kepercayaan jangka panjang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.