RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 November 2025

Mforce Kukuhkan Hubungan Strategik Bersama Keeway Menerusi Lawatan Ke Ibu Pejabat Di Eropah

Pengurusan Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. baru-baru ini telah mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Keeway Group di Eropah, yang terletak di Barcelona, Sepanyol. Lawatan ini menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha Mforce untuk memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama masa hadapan bersama rakan kongsi globalnya, Keeway Group.

Keeway Group merupakan salah satu pengeluar motosikal terkemuka dunia dengan beberapa cawangan utama di benua Eropah. Ibu pejabatnya di Barcelona berperanan sebagai pusat penyelidikan, pembangunan dan pemasaran untuk pasaran antarabangsa, serta menjadi tunjang utama dalam inovasi dan reka bentuk model-model motosikal baharu.

Sepanjang lawatan tersebut, delegasi Mforce yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi, encik Asri Ahmad, bersama beberapa ahli pengurusan kanan, telah diberi taklimat menyeluruh serta dibawa melawat beberapa fasiliti utama termasuk pusat reka bentuk, makmal pembangunan produk dan jabatan kawalan kualiti.

Kedua-dua pihak turut mengadakan sesi perbincangan strategik yang memfokuskan kepada pembangunan model baharu, kerjasama teknologi dan perancangan pengedaran serantau khususnya bagi pasaran Asia Tenggara.

Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk mempelajari serta mendapatkan nasihat daripada pihak Keeway Group berkenaan peningkatan kualiti perkhidmatan selepas jualan (after-sales service) yang dilaksanakan di Eropah. Mforce berhasrat untuk menyesuaikan dan melaksanakan amalan terbaik tersebut di Malaysia bagi meningkatkan tahap kepuasan pelanggan serta memperkukuh kepercayaan pengguna terhadap jenama-jenama di bawah naungan Mforce.

Lawatan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan jangka panjang antara Mforce dan Keeway Group, malah membuka ruang kepada perkongsian teknologi, inovasi serta peningkatan kejuruteraan produk. Melalui kerjasama ini, Mforce berhasrat untuk terus menawarkan motosikal berkualiti tinggi dan berprestasi kepada pengguna di Malaysia serta rantau ini.

“Lawatan ini mencerminkan komitmen Mforce untuk terus memperkukuh hubungan strategik antarabangsa serta meningkatkan tahap inovasi dalam industri motosikal tempatan. Kerjasama rapat dengan Keeway Group membolehkan kami membawa teknologi dan rekaan bertaraf dunia kepada pelanggan kami,” ujar encik Asri Ahmad.

Encik Asri Ahmad turut menambah bahawa lawatan ini merupakan permulaan kepada fasa baharu dalam perancangan dan pengembangan globl Mforce. Menurut beliau, sebelum ini Mforce telah pun memulakan beberapa perancangan strategik untuk memiliki pegangan ke atas sebuah jenama motosikal terkenal dari Eropah, sebagai sebahagian daripada visi jangka panjang syarikat untuk memperkukuh kedudukan dalam industri motosikal antarabangsa.

“Ini adalah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar. Sebelum ini, Mforce sedang membuat perancangan untuk memiliki pegangan ke atas sebuah jenama motosikal terkenal dari Eropah. Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang kami untuk memperluas kehadiran di pasaran global dan membawa kepakaran Eropah ke dalam pembangunan produk Mforce,” jelas beliau.

Kerjasama ini turut mengukuhkan kedudukan Mforce sebagai wakil rasmi Keeway Group di rantau Asia Tenggara, sejajar dengan visi kedua-dua pihak untuk membentuk rangkaian industri motosikal global yang lebih dinamik, berinovasi dan berdaya saing. RR

rr

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.