RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 November 2025

Mforce Melebarkan Sayap ke Vietnam. Fokus Pasaran Motosikal Berkuasa Tinggi

Mforce Vietnam hari ini selamat dirasmikan di bandaraya Ho Chi Minh pada hari ini dengan memberi tumpuan kepada pemasaran jentera berkuasa tinggi. Menurut pihak Mforce Bike Holdings menerusi COOnya, En. Asri Ahmad, pembukaan pusat pengedar rasmi Mforce Vietnam merupakan langkah awal rancangan mega pihak Mforce untuk membuka lebih daripada 10 cawangan Mforce lagi di seluruh Vietnam.

Mforce Vietnam menawarkan pelbagai segmen motosikal berkuasa tinggi menerusi beberapa jenama seperti CFMOTO, QJMOTOR, Morbidelli, Benelli, Benda, VOGE, Keeway, Brixton, Moto Morini, Cyclone, WMoto Dan SM Sport.

Pihak Mforce Vietnam turut memberi tumpuan terhadap aktiviti yang melibatkan komuniti para pemilik seperti Sesi Tunggang Uji, Ride Berkumpulan dan Latihan Keselamatan. Untuk menjamin program berjalan dengan lancar, Mforce Vietnam sentiasa akan mendapat sokongan daripada Mforce Bike Holdings di Malaysia.

Di majlis yang sama, Mforce Vietnam turut melancarkan tiga model iaitu QJMOTOR SRV400, QJMOTOR SRV600 dan VOGE DS900X yang dipasarkan pada harga bermula dari RM21,149 hingga RM50,100 sahaja.

SRV400 merupakan sebuah cruiser yang berkuasa 385cc, 2 Silinder DOHC, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 33.5hp dan tork 35Nm. Model ini juga hadir dengan sistem AMT yang mengawal pergerakan khususnya sistem transmisi dengan lebih lancar.

Fork hadapan jenis USD yang dipadankan dengan sepasang penyerap hentak berspring di belakang. Untuk tujuan keselamatan, tayar-tayar model baru ini dikawal oleh break Brembo bersaiz 300ml di depan dan 240mm di belakang.

SRV600 pula memberikan pecutan lebih padu dengan enjin 561cc, 4 Silinder, 16V DOHC, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 50.5kW dan Tork 53.0Nm.  Tinggi pelananya hanya 720mm dengan is tangki seberat 228kg.

VOGE DS900X pula sebuah jentera yang cukup sesuai untuk pengembaraan jarak jauh dan dekat. Tubuh badannya yang tegap dan tinggi ini nampak gah dengan adanya enjin 895cc, DOHC, 4 silinder dan di bawahnya yang berkuasa 94hp pula.

Panel meter TFT yang dipadankan pada jentera ini sememangnya sangat kemas, terang dan cantik. Penunggang dapat membuat talaan atau melihat segala info dengan mudah. Antara sistem elektronik yang ditawarkan seperti Mod Tunggangan, Traction Control, Cruise Control Dan lain-lain.

Pihak Mforce Vietnam menyatakan, dengan setiap pembelian, pemilik akan menerima waranti kilang selamat 3 tahun tanpa jarak perjalanan dan pembatuan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.