RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 Disember 2025

Penunggang motosikal maut, pemandu lori melarikan diri...

ALOR GAJAH - Polis sedang mengesan pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Persimpangan Lampu Isyarat Taman Mutiara, Lebuh AMJ, di sini, yang mengorbankan seorang penunggang motosikal manakala pemboncengnya cedera awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi, membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dan sebuah lori yang jenisnya masih belum dikenal pasti.

Kredit foto: Sinar Harian.
Kredit foto: Sinar Harian.

Menurut beliau, penunggang motosikal, seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Pembonceng motosikal, seorang wanita tempatan berusia 19 tahun yang tidak bekerja, mengalami kecederaan patah tulang pinggul dan jari tangan serta kini sedang menerima rawatan di hospital,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya, siasatan awal mendapati motosikal berkenaan dipercayai gagal berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah semasa bergerak dari arah Pengkalan menghala ke Pekan Alor Gajah sebelum melanggar sebuah lori yang sedang bergerak dari arah kiri di persimpangan tersebut.

“Bagaimanapun, pemandu lori terbabit telah melarikan diri dari lokasi kejadian dan sehingga kini masih belum dikenal pasti. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ujar beliau, polis sedang giat mengesan pemandu lori terbabit dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, termasuk rakaman kamera papan pemuka (dashcam) atau yang menyaksikan kejadian, diminta tampil membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Insektor Loh Gia Xao di talian 019-5382353 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Alor Gajah. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.