RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 Disember 2025

Casa Della Vespa @ House Of Vespa Dilancarkan

Didi Group bersama Vespa Malaysia dengan rasminya memperkenalkan Casa Della Vespa di Pulau Pinang. Pelancaran ini menandakan kemunculan pertama konsep ruang gaya hidup Vespa di negeri tersebut. Terletak di tengah-tengah bandar Georgetown, Casa Della Vespa menjadi lokasi ideal untuk menampilkan identiti Vespa yang kaya dengan tradisi serta inovasi berterusan.

Ruang pameran ini dibangunkan sebagai pusat kontemporari yang menghimpunkan warisan, keindahan rekabentuk dan semangat komuniti Vespa dalam satu destinasi. Ia bukan sekadar ruang pameran yang membarisi model-model Vespa, tetapi menawarkan pengalaman gaya hidup untuk para pengunjung mengenali lebih dekat dengan jenama tersebut.

"Pelancaran Casa Della Vespa mencerminkan komitmen syarikat untuk terus meraikan warisan Vespa sambil memperkayakan lagi jenama ini untuk para penunggang dan peminat Vespa," kata Pengarah Eksekutif Didi Group, En. Juan Chow Wee.

Dengan pembukaan Casa Della Vespa ini turut dapat mengukuhkan lagi usaha Vespa Malaysia dalam membina hubungan yang lebih erat dengan komuniti Vespa tempatan. Pameran ini dibuka kepada orang ramai bermula 20hb Disember 2025 hingga 28hb Februari 2026 di Sun Sum Sun, Georgetown.

Selepas Pulau Pinang, Vespa Malaysia turut mengumumkan Melaka adalah destinasi seterusnya untuk Casa della Vespa bagi meneruskan misi jenama ini dengan membawa pengalaman Vespa yang lebih mendalam ke bandar-bandar utama di seluruh Malaysia. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700