RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Januari 2026

Harley-Davidson Malaysia Anjur Track Day Pertama di Litar Sepang

Harley-Davidson Malaysia mencipta satu sejarah apabila telah menganjurkan H-D Track Day buat pertama kalinya di Litar Antarabangsa Sepang. Dengan penganjuran ini sekaligus membuka lebaran baharu dalam pengalaman jenama motosikal dari Amerika itu.

Acara ini berjaya menghimpunkan sebanyak 70 buah motosikal Harley-Davidson yang rata-ratanya dari seluruh semenanjung Malaysia untuk menikmati pengalaman menunggang di dalam kawasan litar. Penganjuran ini memberi peluang eksklusif kepada pemilik dan peminat Harley-Davidson untuk merasa sendiri prestasi sebenar jentera mereka di dalam litar.

Para peserta turut berpeluang untuk menguji pengendalian serta prestasi model-model Harley-Davidson dengan lebih mendalam. Antara model yang mengambil bahagian termasuk Road Glide™, Street Glide™, Road King™, CVO Street Glide™, Fat Boy™ dan pelbagai lagi model lain sekali gus membuktikan barisan jentera Harley-Davidson bukan sahaja direka untuk perjalanan jarak jauh tetapi mampu memberikan keyakinan dalam situasi tunggangan berprestasi tinggi.

Track Day bersejarah ini juga disertai ahli-ahli daripada lima Harley Owners Group (H.O.G.) Chapter iaitu H.O.G. Petaling Jaya Chapter, H.O.G. Route 77 Kuala Lumpur Chapter, H.O.G. Johor Bahru Chapter, H.O.G. Penang Chapter dan H.O.G. Kinabalu Chapter.

Penganjuran ini turut disokong oleh rakan kongsi gaya hidup iaitu Monster Energy yang memainkan peranan dalam mengekalkan tahap tenaga para penunggang sepanjang acara itu berlangsung. Selain itu, Inside Scoop pula menyediakan pelbagai pilihan aiskrim dan hidangan ringan untuk peserta dan tetamu di kawasan paddock.

Track Day ini berfungsi sebagai sesi pemanas badan menjelang Malaysia National H.O.G. Rally yang akan datang. Acara pelepasan kebangsaan dijadualkan berlangsung pada 23hb Januari 2026 yang disertai 200 buah motosikal Harley-Davidson dan dijangka berkonvoi menuju ke Adena Beach Resort, Kuantan, Pahang.

Penganjuran Track Day membuktikan komitmen H-D Malaysia dalam memperkayakan pengalaman pemilik dan penunggang, di samping terus memperkukuh semangat “United We Ride” dalam kalangan komuniti Harley-Davidson di seluruh negara. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.