RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 11 Januari 2016

Harley-Davidson Kini Di johor

Selepas kejayaan pusat pameran eksklusif di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, Harley-Davidson Malaysia (NAZA Prestige Bikes Sdn. Bhd.) telah melancarkan pusat pengedarnya yang ketiga di Johor Bahru pada bulan November lalu.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar merasmikan pusat pameran di Johor Bharu sambil ditemani oleh Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin (kiri) dan En. Peter MacKenzie (kanan).
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar merasmikan pusat pameran di Johor Bharu sambil ditemani oleh Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin (kiri) dan En. Peter MacKenzie (kanan).

Pusat pameran ini dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, dan disaksikan oleh Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Naza World Group of Companies dan Peter MacKenzie, Pengarah Urusan Harley-Davidson Asia Emerging Markets.

"Wakil pengedar ketiga di Johor Bahru akan menawarkan pengalaman dan gaya hidup yang premium Harley-Davidson. Di bawah pengurusan Naza Prestige Bikes, syarikat ini akan mewujudkan keseronokan di kalangan pelanggan dan peminat yang berkunjung ke sini," kata Datuk Wira SM Faisal.

Pusat pameran ini terletak di Jalan Dato' Abdullah Tahir di bangunan dua tingkat. Pembukaan pusat ini memudahkan para pemilik Harley-Davidson di wilayah selatan Semenanjung Malaysia dan juga dari negara jiran, Singapura untuk mendapatkan khidmat servis terbaik daripada mekanik yang berpengalaman dan alatganti yang tulen berhampiran mereka.

“Kami ingin mengembangkan rangkaian pasaran kepada pengedar yang kukuh di Asia Tenggara untuk memudahkan para pelanggan Harley-Davidson. Kami berbesar hati mempunyai wakil penjual di Malaysia untuk para peminat. Sebagai sebuah pengeluar motosikal, kami begitu komited untuk mencipta produk yang tiada tandingan dan ingin memberikan pengalaman yang luar biasa untuk menggalakkan aktiviti bermotosikal di negara ini,” kata En. Peter Mackenzie, Pengarah Urusan Pasaran Harley-Davidson Asia Emerging Markets.

Pusat pameran Harley-Davidson ini menempatkan ruang pameran, pusat servis yang canggih dengan kelengkapan terkini dan ruang aksesori yang mampu memuaskan hati para pengunjung. Sambil menunggu motosikal sedang diservis, pengunjung boleh membeli belah dan melawat ke butik yang terletak di tingkat atas yang menempatkan aksesori dan kelengkapan menunggang yang diimport khas dari Amerika Syarikat. RR

Isu Pada

Januari 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.