RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 Februari 2026

Selesa, Prestasi & Teknologi Moden Sebab Utama PDRM Pilih Yamaha Tracer 9 GT

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru-baru ini telah menyerahkan 200 unit Yamaha Tracer 9 GT kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), menandakan bekalan motosikal besar terbesar HLYM kepada PDRM setakat ini.

Majlis penyerahan tersebut telah dihadiri oleh YDH SAC Tuan Muhammad Hanif bin Othman, pegawai PDRM serta wakil pengurusan HLYM, dan turut menyaksikan pameran unit mock-up Yamaha Tracer 9 GT versi polis.

Dipilih atas faktor keselesaan tunggangan, prestasi tinggi, teknologi canggih, ketahanan serta kebolehpercayaan terbukti, Tracer 9 GT dikhaskan untuk tugas kawalan iringan peringkat tinggi dan rondaan khas, di mana kestabilan, ketahanan jarak jauh dan prestasi adalah keperluan tidak boleh dikompromi.

Keyakinan PDRM turut diperkukuhkan oleh reputasi Yamaha dalam aspek kualiti dan kebolehpercayaan, disokong oleh rangkaian selepas jualan HLYM yang meluas dengan lebih 250 pusat Yamaha Quality Service (YQS) di seluruh negara serta sokongan alat ganti yang kukuh melalui Pusat Alat Ganti HLYM dan pengedar sah.

Kerjasama ini mengukuhkan lagi kedudukan Yamaha sebagai rakan mobiliti yang dipercayai dalam menyokong keselamatan negara dan kesejahteraan awam. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.