RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 21 Februari 2026

Harga Menarik Untuk Honda RS-X, RS-X Winner & Vario 160 Sempena GONGXI RAYA

Bersempena dengan sambutan 'GONGXI RAYA' tahun ini, Boons Siew Honda (BSH) telah mengumumkan harga eksklusif perayaan untuk Honda RS-X dan Honda RS-X Winner yang bermula dari RM8,498. Harga yang cukup istimewa ini boleh dinikmati bermula dari 23 Februari hingga 31 Mac 2026.

Honda RS-X Winner sememangnya antara yang paling lama dan paling popular di Malaysia. Ia bukan sahaja menawarkan prestasi enjin yang mantap tetapi posisi tunggangan yang selesa untuk perjalanan jauh dan dekat. Ia disempurnakan dengan enjin 150cc, DOHC, 6-kelajuan dengan kuasa maksimum setinggi 160hp dan tork 13.6Nm.

Honda RS-X.
Honda RS-X.

Turut tersenarai dalam pakej GONGXI RAYA ini ialah Honda Vario 160 yang kini dipasarkan pada nilai RM9,398 sahaja. Harga perayaan ini boleh kawan-kawan nikmati bermula dari 13 Februari hingga 31 Mac 2026. Mantap!

Bagi peminat skuter khususnya, prestasi Honda Vario 160 tidak perlu dipertikaikan lagi. Ia cukup selesa dan bersedia untuk ke mana sahaja. Dengan spesifikasi enjin yang cukup padu, Vario 160 ini bukanlah hanya sebagai alat pengangkutan harian sahaja malah ia juga mampu untuk penjalanan jauh.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut atau meliht sendiri model ini di depan mata, sila kunjungi pengedar Honda Impian X atau Honda Select Shop di seluruh negara. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.