RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Februari 2026

Aveta Vanguard 250 2026 Terima 10 Penambahbaikan

Aveta Motor Malaysia telah memperkenalkan Vanguard 250 versi yang dipertingkatkan bagi model untuk tahun 2026. Apa yang paling menarik sekali bukan sahaja satu atau dua pembaharuan yang dilakukan, tetapi terdapat 10 ciri yang telah dinaik taraf.

Sejak diperkenalkan, model ini menjadi penanda aras baharu dalam kategori skuter 250cc untuk pasaran negara. Vanguard 250 berjaya melahirkan segmen Adventure Touring Crossover (ATC) di Malaysia yang sangat sesuai untuk kegunaan harian di dalam bandar dan perjalanan jarak jauh.

Antara pembaharuan yang dilakukan pada skuter ini termasuklah meter TFT 7 inci dengan skrin sentuh, cermin penghadang angin boleh laras secara elektronik, reka bentuk panel suis baharu, pelindung ekzos dipanjangkan, penutup minyak enjin baharu, tempat pemijak kaki pembonceng dinaik taraf, ruang simpanan bawah pelana lebih luas, reka bentuk pelana serba baharu, penyerap hentak belakang boleh laras dan sistem ABS serta Traction Control yang boleh dinyahaktifkan.

Skuter ini didatangkan dengan enjin 244cc, SOHC, sistem penyejuk cecair, silinder tunggal yang menghasilkan hantaran kuasa 24.8hp pada 8,500rpm dan tork 22.5Nm pada 6,500rpm. 

Aveta Vanguard 250 2026 boleh didapati di pengedar sah Aveta suluruh negara bermula awal bulan Mac. Model ini ditawarkan pada harga asas RM16,688 (tanpa cukai jalan & insurans) yang hadir dengan dua pilihan warna seperti Nano Green dan Desert Bronze. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia