RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 5 Mac 2026

Honda Africa Twin 2026 Tampil Dengan Warna Serba Baharu

Boon Siew Honda (BSH) secara rasminya memperkenalkan versi 2026 Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES yang menampilkan kemasan grafik dan jalur serba baharu. Perkenalan warna baharu ini sekaligus memberikan imej lebih segar dan premium, selari dengan reputasinya sebagai jenteraadveture jarak jauh yang mampu menakluk pelbagai bentuk permukaan jalan.

Bukan sekadar tampil dengan warna baharu, model ini turut menerima talaan enjin yang dipertingkatkan serta sistem elektronik yang lebih diperhalusi bagi memberikan prestasi dan kawalan lebih optimum. Jentera ini dikuasakan dengan enjin 1,084cc parallel-twin bersama nisbah mampatan 10.5:1 serta talaan injap yang diperbaharui. Africa Twin 2026 menghasilkan kuasa sekitar 102hp pada 7,500rpm dan tork 112Nm pada 5,500rpm.

Model ini turut dilengkapi dnegan sistem IMU 6-paksi bersama sistem Throttle-By-Wire yang menawarkan empat mod tunggangan iaitu Tour, Urban, Gravel dan Off-Road. Sistem elektronik ini turut mengawal Honda Selectable Traction Control (HSTC) tujuh tahap, Wheelie Control dan Cornering ABS. 

Africa Twin Adventure Sports ES juga dilengkapi sistem suspensi elektronik Showa EERA™ yang boleh dilaras dalam empat tahap iaitu Hard, Mid, Soft dan Off-Road. Sistem brek ABS pula membolehkan ABS belakang dinyahaktifkan bagi memberi kawalan lebih bebas ketika di laluan lasak.

Sistem transmisi Dual Clutch Transmission (DCT) memastikan penukaran gear lebih lancar dan konsisten, sekali gus mengurangkan keletihan ketika perjalanan jauh. Tempat duduk pada jenetra ini boleh dilaras antara 820mm hingga 840mm tanpa memerlukan alat tambahan manakala cermin penghadang angin boleh dilaras sebanyak lima tahap.

Melengkapkan pakej moden ini ialah paparan TFT sentuh 6.5 inci yang menyokong Apple CarPlay® dan Android Auto®, membolehkan navigasi serta sambungan telefon pintar diakses dengan mudah.

Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES 2026 boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Pearl Glare White dan Matte Iridium Gray Metallic dengan harga bilik pameran yang disyorkan RM99,888. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.