RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Mac 2026

Misteri Kehilangan Remaja Terjawab. Mangsa Ditemui Meninggal Dunia Dipercayai Terbabas

Misteri kehilangan seorang remaja iaitu Ahmad Azreeq Zafreen Ahmad Azhar, 19 tahun yang turut dikenali sebagai Along yang dikatakan 'hilang' dalam perjalanan ke Cameron Highlands terjawab apabila mangsa ditemukan maut dipercayai terbabas di Kampung Bukit Jeruk, Besut.

Allahyarham Ahmad Azreeq Zafreen. Kredit foto: Info Semasa.
Allahyarham Ahmad Azreeq Zafreen. Kredit foto: Info Semasa.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung penemuan mayat mangsa oleh orang awam kira-kira jam 6.40 petang tadi.

Katanya, seorang penduduk yang kebetulan melalui kawasan berkenaan untuk mencari lembu peliharaannya terhidu bau kuat dari kawasan semak berhampiran.

"Apabila dia mendekati kawasan itu ternampak jasad lelaki bersama motosikal yang ditungganginya berada dalam semak berkenaan. Selepas menerima laporan itu, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian dan mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki.

Mangsa dikatakan ditemukan orang awam di kawasan semak. Kredit Foto: Info Semasa.
Mangsa dikatakan ditemukan orang awam di kawasan semak. Kredit Foto: Info Semasa.

"Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk proses bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, hasrat tujuh beranak untuk bercuti di Cameron Highlands, Pahang, terbantut apabila seorang ahli keluarga itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pusat peranginan berkenaan.

Mereka bergerak ke destinasi percutian dengan menaiki dua kenderaan, enam sekeluarga menaiki kereta Proton Persona manakala Ahmad Azreeq Zafreen yang juga anak sulung daripada lima beradik itu menunggang motosikal jenis Yamaha R15.

Mohd Rozaime berkata hasil pemeriksaan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak di Benting Lintang berjaya mengesan kelibat seorang individu dipercayai remaja yang hilang itu, sekitar jam 1.38 pagi Jumaat lalu.

Mangsa gagal ditemui sejak kali terakhir dikesan berada di stesen minyak berkenaan sehingga akhirnya ditemukan orang awam.

RR ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan didoakan bersabar di atas dugaan ini. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.