RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 Mac 2026

“Pakai Lengkap, Balik Selamat” - Tema Penganjuran Kempen Keselamatan Balik Kampung Ke-28 Bersama Yamaha

Setiap kali menjelangnya ketibaan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan kerjasama Persatuan Peniaga Motosikal dan Skuter Malaysia (“MMSDA”) sentiasa bersedia menyempurnakan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha demi keselamatan para penunggang motosikal.

Untuk penganjuran edisi ke-28, ia diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban dan telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook, bersama Pengerusi MMSDA Datuk Wee Hong serta pemegang taruh utama industri yang lain.

Kempen ini menggesa rakyat Malaysia untuk mengutamakan keselamatan jalan raya dan memakai kelengkapan perlindungan yang sesuai sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung. Kempen ini amat penting lebih-lebih lagi berdasarkan perkongsian daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Malaysia yang menyatakan bahawa lebih 6,000 kematian jalan raya pada tahun 2025, dengan peratusan 70% daripadanya melibatkan penunggang motosikal.

Pihak JPJ antara penyokong utama penganjuran Kempen Keselamatan Jalan Raya.
Pihak JPJ antara penyokong utama penganjuran Kempen Keselamatan Jalan Raya.
YB Anthony Loke 'kanan sekali' menyampaikan topi keledar percuma kepada salah seorang pemilik motosikal yang hadir ke program Kempen Keselamatan.
YB Anthony Loke 'kanan sekali' menyampaikan topi keledar percuma kepada salah seorang pemilik motosikal yang hadir ke program Kempen Keselamatan.

Ketika berucap di majlis tersebut, Loh Heng Choy, Pengarah Urusan HLYM, menegaskan bahawa tanggungjawab HLYM terhadap penunggangnya melangkaui sekadar urusan jualan.

“Di HLYM, dedikasi kami terhadap keselamatan telah sebati dalam falsafah reka bentuk dan pembuatan kami. Melalui kempen ‘Pakai Lengkap, Balik Selamat’, kami ingin memperkasakan setiap penunggang agar bertanggungjawab terhadap keselamatan diri. Perkara mudah seperti mengikat topi keledar dengan betul atau melakukan pemeriksaan sebelum menunggang adalah langkah keselamatan yang penting bagi anda dan orang tersayang. Matlamat utama kami adalah untuk memastikan setiap penunggang yang menghidupkan enjin bersama kami, menamatkan perjalanan pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.”

YB Anthony sempat melihat dengan lebih dekat produk-produk keluaran GIVI.
YB Anthony sempat melihat dengan lebih dekat produk-produk keluaran GIVI.
Sistem penyerap hentak yang baik memberikan tunggangan yang stabil.
Sistem penyerap hentak yang baik memberikan tunggangan yang stabil.

Bagi memberikan sokongan nyata kepada penunggang, HLYM juga telah melaksanakan siri inisiatif keselamatan berimpak tinggi. Ini termasuk Program Pertukaran Topi Keledar, yang membolehkan penunggang menukar topi keledar yang telah rosak dengan pengganti yang diluluskan oleh SIRIM, serta Pemeriksaan Keselamatan Motosikal 8-Mata Percuma yang dikendalikan oleh juruteknik pakar HLYM.

Kredit foto: FB Yamaha Motor Malaysia.
Kredit foto: FB Yamaha Motor Malaysia.

Walau bagaimanapun, meskipun pemeriksaan di lokasi ini merupakan langkah awal yang penting, HLYM amat menasihatkan semua penunggang untuk mengunjungi Pusat Servis Yamaha terdekat bagi penyelenggaraan menyeluruh dan servis tambahan untuk memastikan motosikal mereka benar-benar sedia untuk perjalanan jauh.

Kredit Foto: FB Yamaha Motor Malaysia.
Kredit Foto: FB Yamaha Motor Malaysia.

Selepas Seremban, HLYM akan meneruskan misi ini ke Segamat pada 15 Mac 2026 dan Rawang pada 17 Mac 2026, bagi membawakan sumber keselamatan kritikal terus kepada komuniti. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.