RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Mac 2026

Kementerian Pengangkutan Sedia Pertimbangkan Cadangan Insentif Pelupusan Motosikal Lama

Kementerian Pengangkutan (MOT) sedia mempertimbangkan cadangan memperkenalkan insentif pelupusan motosikal lama bagi golongan berpendapatan rendah atau B40. Namun begitu ia hanya boleh dilaksanakan sekiranya terdapat inisiatif terlebih dahulu daripada pihak pengeluar motosikal tempatan.

Sidang media yang diadakan di acara 'Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Bersama Yamaha.
Sidang media yang diadakan di acara 'Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Bersama Yamaha.

Itulah yang dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook ketika ditanya mengenai insentif pemberian rebat khas bagi penukaran motosikal lama seperti mana yang sedang ditawarkan kepada pemilik kenderaan berusia lebih 20 tahun menerusi Program Geran Padanan. Menerusi program tersebut penerima yang layak akan menikmati geran padanan hingga RM2,000 oleh pengeluar kenderaan tempatan bagi mengurangkan kos pembelian kenderaan baharu.

Jika cadangan program yang sama turut boleh dijalankan untuk pengguna motosikal khususnya golongan B40, ia boleh memberi manfaat dan impak yang sangat besar khususnya dari segi keselamatan penunggang motosikal itu sendiri. Seperti yang kita tahu, motosikal lama yang ridak diselenggara dengan baik mempunyai risiko akan berlakunya masalah teknikal pada bila-bila masa.

Motosikal lama juga tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan moden yang terbukti lebih baik seperti sistem brek yang kini mula dilengkapkan dengan sistem ABS, sistem pencahayaan LED, sistem saspensi dan program servis/pemeriksaan berskala yang ditawarkan oleh hampir semua pengeluar motosikal.

Apa pun program dan perancangan yang sedang diusahakan, kita harus sedar bahawa faktor utama keselamatan pada asasnya bergantung kepada sikap seseorang penunggang itu. Menurut statistik yang dikongsikan oleh pihak JPJ kepada RR (dalam siri 'Sproket Pecah'), punca utama kes kemalangan yang melibatkan motosikal adalah dari kesalahan menunggang dalam kelajuan tinggi, melanggar lampu isyarat, memotong kenderaan secara berbahaya dan pengubahsuaian motosikal ekstrem.

Kita berharap agar program insentif pelupusan motosikal lama dapat dilakukan dan pada masa yang sama, pengguna motosikal juga perlu terus diberi pendedahan dan pendidikan tentang keselamatan jalan raya.

Sebelum itu, YB Anthony Loke telah menyempurnakan pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Dalam kempen tersebut, pihak Yamaha Malaysia menggesa para penunggang motosikal untuk bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dengan mengenakan topi keledar dengan betul dan melakukan pemeriksaan sebelum menunggang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.