RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Mac 2026

Honda WN7 Menang Anugerah Emas di iF DESIGN AWARD 2026

Honda mengumumkan bahawa motosikal elektrik WN7 berjaya meraih Anugerah Emas iaitu penghormatan tertinggi dalam kategori Reka Bentuk Produk di iF DESIGN AWARD 2026. Pencapaian ini juga merupakan  kali pertama jenama Honda memenangi Anugerah Emas dalam sejarah penyertaan syarikat itu dalam acara tersebut.

WN7 merupakan sebuah model elektrik bagi segmen naked dalam kategori Fun Bike. Jentera ini dibangunkan berasaskan konsep "Be the Wind" dan merupakan sebahagian daripada inisiatif Honda dalam usaha merealisasikan masyarakat neutral karbon pada masa hadapan.

Model ini menggunakan struktur tanpa rangka (frameless), di mana bahagian ruang bateri berfungsi sebagai kerangka utama motosikal tersebut. Pendekatan ini membolehkan motosikal mempunyai berat yang lebih ringan serta memberi fleksibiliti susun atur komponen yang lebih baik. WN7 menawarkan kuasa maksimum 50 kW yang memiliki kuasa seperti motosikal 600cc manakala tork 100Nm setanding jentera 1000cc.

Dari segi rekabentuk, Honda WN7 memberi fokus kepada usaha memperhalusi fungsi sambil menzahirkan identiti sebenar reka bentuk motosikal. Permukaan badan direka halus dan lancar pada bahagian yang bersentuhan dengan penunggang, digabungkan dengan siluet yang unik dan berkuasa. Lampu hadapan menampilkan rekaan mendatar manakala skema warna pada badan berasaskan warna Hitam yang turut dikemaskan aksen Emas untuk menampilkan rupa yang premium serta futuristik.

Menurut pihak juri, Honda WN7 berjaya menggabungkan DNA klasik motosikal dengan identiti elektrik moden secara harmoni. Rekabentuknya menghormati legasi Honda sambil menampilkan estetika tenaga bersih yang segar dan unik.

"Kami amat berbesar hati menerima Anugerah Emas ini buat kali pertama. Kejayaan ini mencerminkan pengiktirafan juri terhadap nilai baharu era elektrifikasi iaitu keseronokan menunggang dengan bebas seperti angin, fungsi dan rekabentuk." kata Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Operasi Design Center, Honda R&D Co., Ltd., Toshinobu Minami.

Honda juga akan terus menghasilkan inovasi yang mampu mengejutkan serta memberi inspirasi kepada orang ramai, sambil membawa pengalaman menunggang yang memperluas potensi kehidupan penggunanya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia