RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 April 2026

Boon Siew Honda Raih Anugerah Utama di Majlis Anugerah MMOTY 2026

Tahniah buat Boon Siew Honda (BSH) yang sekali lagi meraih bukan satu tetapi enam anugerah di acara Allianz – Bikes Republic Motorcycle of the Year (MMOTY) Awards 2026. Pada penganjuran sebelum ini, BSH turut memenangi dua anugerah menerusi Honda Transalp dan Honda ADV350.

"Kemenangan ini mencerminkan komitment kami terhadap falsafah “Excite the World” yang menawarkan inovasi bertaraf dunia jentera-jentera Honda untuk dinikmati oleh para penunggang motosikal di seluruh negara. Meraih anugerah dalam pelbagai kategori membuktikan pihak kami sentiasa berjaya memenuhi kehendak komuniti dua roda," En. Kunitomo Asano, Ketua Pegawai Eksekutif BSH.

Jentera-jentera Honda telah memenangi beberapa anugerah yang dipertandingkan: Berikut adalah senarai kategori anugerah yang dibolot pihak Honda.

Naked Bike of the Year (Below 800cc): Honda CB650R E-Clutch menarik minat para juri dengan gaya "Neo Sports Café" dan inovation sistem gear yang moden.

Scooter Of the Year (Above 250cc): Honda ADV350 dipilih berdasarkan prestasi dan gaya premium untuk tunggangan di jalanan biasa dan di laluan lasak.

Sportbike of the Year (Below 1000cc): Rekabentuk agresif dan prestasi enjin 4-silinder sebaris yang dimiliki model Honda CBR650R berjaya menambah koleksi kemenangan.

Adventure Scooter of the Year: Semestinya segmen skuter lasak ini diungguli oleh Honda X-ADV yang merupakan antara model premium dan popular di kalangan para penunggang motosikal di Malaysia.

Motorcycle Technology of the Year: Teknologi terkini E-clutch yang dimilliki oleh Honda diiktiraf sebagai satu pembaharuan yang cukup positif dalam pembangunan dunia dua roda.

Honda Goldwing.
Honda Goldwing.

Malaysian Innovator of the Year: Pemilihan Honda Goldwing (Airbag) sebagai pemenang telah membuktikan model eksklusif itu menawarkan pakej lengkap yang menggabungkan ciri-ciri keselamatan, kemewahan, keselesaan dan keupayaan luar biasa untuk pengembaraan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.