RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 April 2026

Chear Motorrad Rasmi Bilik Pameran Baru di Shah Alam

Chear Motorrad, salah satu rakan pengedar berpengalaman BMW Motorrad di Malaysia, dengan rasminya mengumumkan pemindahan pusat pengedarannya terbarunya ke Shah Alam, sekali gus menandakan menawarkan 'Pengalaman Penjualan Baharu BMW Motorrad' yang pertama di negara ini.

Pencapaian signifikan ini membuka lembaran baharu dalam perjalanan Chear Motorrad untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti BMW Motorrad yang semakin berkembang. Dengan adanya pusat servis terbaru ini, para pelanggan akan menikmati interaksi yang lebih positif dalam aspek jualan, servis, dan sokongan.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Janji kami di BMW Motorrad adalah jelas, iaitu memastikan setiap peringkat perjalanan penunggang motosikal menjadi mudah, mengujakan dan premium. Ia bukan sahaja merangkumi rangkaian motosikal berkuasa yang pelbagai, tetapi juga interaksi pelanggan dengan jenama kami, demi memberikan Pengalaman Pemilikan Premium.

Bilik pameran baharu Chear Motorrad di Shah Alam merupakan manifestasi ini, menerusi tawaran pengalaman penjualan yang melangkaui aspek jualan dan perkhidmatan, sekali gus mewujudkan ruang yang lebih dinamik untuk komuniti penunggang. Sejak tahun 2011, Chear Motorrad telah memainkan peranan penting dalam rangkaian pengedar kami, dan kami amat teruja menyaksikan perkembangan perniagaan mereka dalam membawa pengalaman BMW Motorrad lebih dekat kepada para pelanggan khususnya di Lembah Klang dan sekitarnya.”

Dato’ Chear Kin Keong, Pengarah Urusan Chear Motor Group, berkata, “Sepanjang lebih sedekad, perjalanan kami telah didorong oleh kepercayaan serta semangat para pelanggan, dan kami berbangga dapat memberikan perkhidmatan kepada pihak BMW Motorrad. Pelancaran bilik pameran baharu di Shah Alam ini merupakan satu pencapaian yang bermakna".

"Seiring dengan pertumbuhan pesat komuniti BMW Motorrad, kami juga terus berkembang dengan pasukan yang lebih kukuh dan berdedikasi serta fokus baharu terhadap penjagaan pelanggan. Kami teruja untuk mencipta pengalaman yang lebih bermakna buat para penunggang BMW Motorrad, sambil membawa semangat ‘Make Life a Ride’ ke masa hadapan,” tambah beliau.

Terletak di No. 33 & 35, Jalan 15/23, Taman Perindustrian Tiong Nam, Chear Motorrad seluas 540 meter persegi yang berpindah dari Puchong ini, direka sebagai sebuah hub bagi para penunggang bagi mendapatkan khidmat penyelenggaraan motosikal, serta berhubung dengan komuniti penunggang yang semakin berkembang. Pusat ini merupakan pengedar pertama di Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya Pengalaman Penjualan Baharu BMW Motorrad.

Ruang di pusat pengedar ini turut menampilkan kaunter servis khusus yang baharu serta bar kopi yang mewujudkan suasana mesra untuk pelanggan berehat, bertemu dengan rakan motor dan berinteraksi.

Selain itu, bengkel dengan susun atur moden yang menempatkan 10 ruang kerja direka untuk menyokong penyelenggaraan yang lebih efisien, memastikan pemilik BMW Motorrad menerima tahap penjagaan tertinggi untuk motosikal mereka. Dengan kekuatan pasukan seramai 40 orang merangkumi jualan, servis, pemasaran dan sokongan, Chear Motorrad Shah Alam menawarkan pengalaman lengkap Jualan, Servis dan Alat Ganti (Sales, Service & Spare Parts – 3S) di bawah satu bumbung, memenuhi keperluan pemilik BMW Motorrad baharu mahupun sedia ada.

Chear Motorrad beroperasi setiap hari dari Isnin hingga Sabtu, jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700