RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 April 2026

Honda CBR150R Stealth Tampil Lebih Garang

Tahun lalu, edisi terhad Honda CBR1450R CyberRoad telah mendapat sambutan yang cukup positif dan sehubungan itu, pihak Boon Siew Honda (BSH) kini menampika pula edisi paling terkini, Honda CBR50R Stealth.

Honda CBR150R Stealth didatangkan dalam versi warna hitam untuk tampak lebih agresif, anggun dan moden. Rekacorak arna Jingga di beberapa tempat, garisan aerodinamik menarik dan kemasan akhir yang berkualiti tinggi pasti akan menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya.

Honda CBR50R Stealth disempurnakan dengan enjin 150cc, sistem penyejuk cecair, DOHC 4-injap yang berkuasa 12.0kW (16.3hp) dan tork 13.7Nm. SIstem transmisi 6-kelajuan dimantapkan dengan sistem Assist & Slipper Clutch untuk lebih lancar.

Bahagian hadapan diserikan dengan lampu-lampu jenis LED yang dijamin cukup terang dan jelas. Fork hadapan jenis USD dengan kemasan warna keemasan juga sangat sesuai dengan warna hitam. Tangki (12 liter) dibentuk dengan sempurna bukan sahaja untuk kelihatan menarik tetapi juga menitikberatkan ciri-ciri aerodinamik.

Untuk menjamin keselamatan para pemiliknya, CBR150R ini hadir dengan sistem ABS dua-saluran dan sistem Emergency Stop Signal (ESS) yang akan menyala/berkelip ketika penunggang melakukan brek kecemasan. Ini amat penting untuk memberi amaran kepada pemandu/penunggang di belakang.

Selain Stealth berwarna Hitam ini, dua lagi pilihan warna seperti Tricolor dan Silver masih terus dipasarkan. Harga asas yang ditawarkan untuk model ini ialah RM13,399 dan akan mula berada di pengedar Honda Impian X seluruh negara pada 6 April 2026. Setiap pembelian akan melayakkan pemilik jentera ini menerima waranti kilang untuk tempoh 2 tahun atau 20,000km perjalanan (yang mana terdahulu). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.