RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 April 2026

YAMAHA TMAX TECH MAX 2026 Tampil Dengan Warna Baharu

Hong Leong Yamaha Motor Sdn bhd (HLYM) dengan rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu bagi model skuter premium mereka iaitu Yamaha TMAX Tech Max. Sebagai model 2026, TMAX Tech Max kini ditawarkan dalam warna Crystal Graphite yang menampilkan sentuhan moden, elegan dan sporty.

Model 2026 boleh didapati didapati di semua pengedar sah Yamaha Big Bikes di seluruh negara bermula 14hb April 2026 yang ditawarkan pada harga cadangan runcit RM75,888 (tanpa pendaftaran & insurans).

Yamaha TMAX Tech Max terus mengekalkan reputasinya sebagai antara pilihan utama dalam segmen maxi-scooter premium yang dikuasakan dengan enjin dua silinder sebaris 562cc, 4-lejang dengan sistem penyejuk cecair. Enjin DOHC dengan transmisi jenis V-Belt Automatik ini mampu menghasilkan kuasa 346.9hp pada 7,000rpm dan tork 55.0Nm pada 5,250rpm.

Model ini dilengkapi dengan pelbagai ciri moden termasuklah Cruise Control untuk tunggangan jarak jauh yang lebih santai, sistem Traction Control serta sistem brek canggih bagi kawalan lebih stabil. Selain itu, terdapat juga sistem TPMS bagi memudahkan penunggang melihat angin tekanan tayar melalui paparan meter TFT.

Turut disertakan ialah Communication Control Unit (CCU) yang serasi dengan aplikasi Y-Connect bagi membolehkan penunggang menikmati sambungan pintar serta pemantauan maklumat tunggangan dengan lebih mudah dan efisien.

Antara kelangkapan lain adalah brek cakera berkembar di hadapan, fork USD, lampu-lampu LED, corak pada pelana serba baharu, tangki bahan api 15 liter, berat 221kg, tinggi pelana 800mm dan ruang simpanan bawah pelana yang luas. 

Untuk makluman warna sedia ada iaitu Ceramic Grey masih lagi dipasarkan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.