RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Mei 2026

MODENAS Perkukuh TVET - Bina Bakat Teknikal Masa Hadapan

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), anak syarikat kepada DRB-HICOM telah menjalinkan kerjasama dengan SMK Pendidikan Khas Bumbong Lima melalui penyerahan manual servis teknikal khas bagi menyokong Program TVET Servis dan Penyelenggaraan Motosikal sekolah tersebut.

Kerjasama ini bertujuan merapatkan jurang antara pendidikan dan industri dengan memberi pendedahan latihan praktikal kepada pelajar, termasuk pelajar berkeperluan pendidikan khas, selaras dengan standard industri semasa.

Program ini melibatkan Modul TVET Servis dan Penyelenggaraan Motosikal (SPM) dengan sokongan satu unit motosikal Modenas CT100 serta 17 manual servis pelbagai model termasuk Kriss 110, GT 128, Karisma 125, Dominar 400 dan beberapa model lain. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 150 pelajar.

"Kerjasama ini bukan sahaja memperkenalkan amalan industri sebenar kepada pelajar, malah membantu membentuk bakat yang lebih bersedia untuk alam pekerjaan melalui disiplin dan pemahaman teknikal yang tepat," kata Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan.

Penyediaan bahan teknikal ini penting dalam membina kompetensi tenaga kerja mahir supaya dapat menyokong pertumbuhan jangka panjang industri automotif negara. MODENAS juga kekal komited menyokong pembangunan bakat tempatan selaras dengan keperluan industri dan agenda negara," tambahnya.

Kerjasama ini turut mengukuhkan pencapaian akademik sekolah tersebut yang mencatatkan kelulusan 100% dalam SPM 2025, termasuk kejayaan pelajar berkeperluan khas, membuktikan keberkesanan pendekatan pendidikan inklusif dan berstruktur. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.